Feed

:Kenali Diri Kita:

by Wiznie Marzuki on Wednesday, September 27, 2006, under

Semalam pada jam 4pagi,rancangan Halaqah membincangkan tajuk ‘kenal diri’. Ianya membincangkan bagaimana kejadian seorang manusia tersebut dari dalam rahim ibu. Serentak dengan itu, ingatan ku melayang…ahad lepas di masjid hasanah, ketika menghadiri program Mahasiswa Raikan Ramadhan…kami telah disajikan dengan tayangan yang walaupun hanyalah sekejap cuma dalam anggaran 7minit mungkin, maaf andai salah..kami telah melihat bagaimana seorang ibu telah melahirkan anak secara ‘caesarian’ (betul ke eja?) ataupun secara pembedahan…memang jelas kelihatan doctor memotong perut ibu dengan pisau khasnya…lapisan demi lapisan perut ibu dapat ku lihat….kemudian terlihat pula olehku, sarung yang mengandungi air ketuban…Subhanallah…sesungguhnya kejadian yg Allah ciptakan itu amatlah hebat… mata ini terus ingin melihat bagaimana sarung itu pecah dan memancutkan air ketuban… dan doctor menarik sesuatu… ya, kedua belah kaki bayi tersebut telah berjaya ditarik keluar dan diikuti tubuh sempurna seorang bayi yang comel… dipotong tali perutnya dan diletakkan diatas kain di suatu tempat. Manakala proses seterusnya untuk ibu diselesaikan oleh doctor itu. Tayangan singkat ini sempena tajuk pengisian program “kekeluargaan dalam Islam” yang disampaikan oleh En Zairulsyahfudin dari JIM.
Berbalik kepada program Halaqah, salah seorang panelnya yang juga merupakan seorang doctor menceritakan tentang apa gunanya air ketuban dan struktur-struktur rahim seorang wanita. Dan aku terus berfikir dan bersyukur dijadikan sebagai seorang perempuan di dunia ini.. mungkin dulu aku ada juga sesekali terfikir kenapa aku bukan seorang lelaki? Nampak senang je menjadi mereka. Tak perlu melahirkan, tak perlu bersusah payah untuk mencari jodoh kerana bilangan mereka yang sedikit, sementelahan pula bilangan wanita yang ramai dan kini semakin ramai wanita yang anggun dan bijak.Itulah keluhan secebis hatiku. Namun, kini aku ketahui bukanlah mudah untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang khalifah di bumi Allah ini, samada sebagai lelaki mahupun perempuan andai diri sendiri tidak menghayati dan memahami kejadian diri dan tanggungjawab yang dipikul di atas pundak masing-masing. Oleh itu, hargailah pengorbanan kedua orang tuamu, berbaktilah kepada mereka. Berbuat baiklah terutamanya kepada ibu lebih 3x berbanding ayah. Hayatilah kejadian diri kita dari air yang hina hingga menjadi seorang manusia yang cukup lengkap sifat-sifatnya yang dikurniakan pinjaman sementara oleh Allah kepada kita. Fahamilah tanggungjawab kita di dunia ini, utamakan akhirat kerana dunia akan kita peroleh, namun jika mengutamakan dunia maka akhirat akan tercicir. Pilih lah jalan hidupmu sendiri. Kita hanya mampu merancang namun Dia yang menentukan. Oleh itu, rajin-rajin lah berdoa memohon agar sentiasa ditingkatkan keimanan dalam diri kita yang serba kekurangan ini. Peringatan buat diriku. Ohye,seperti program al-hidayah dan al-kuliyyah…keterangan ahli panel dalam Halaqah semuanya berpandukan ayat-ayat dari kitab suci al-Quran dan sumber lain. Rancangan ini dikendalikan oleh Ustaz wan shohor bani leman bertempat dan bersiaran secara langsung dari kolej insaniah.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!