Feed

:Mahligai Cinta:

by Wiznie Marzuki on Saturday, September 30, 2006, under

Sendirian di rumah hari ini, aku mengambil kesempatan untuk menghabiskan bacaan novel yang terbaru aku miliki sambil mendengar alunan muzik lagu-lagu yang dimainkan di pembesar suara komputer ribaku. Mahligai Cinta hasil karya SriDiah.

Buat pertama kali rasanya, membaca karya miliknya namun jalan ceritanya sangat berbekas di hati ku. Adakah ianya disebabkan oleh cara penyampaian cerita yang ku baca ini berlainan dari yang pernah ku baca sebelum ini? Mungkin juga. Kerana setiap bab yang aku perhatikan, penulis lebih senang menghayati dan menyelami perasaan setiap orang dengan baik sekali.
Novel ini bagi ku, amatlah mementingkan perasaan yang hadir dihati setiap watak dan juga apa yang tercetus di minda mereka. Tapi aku kira setiap novel juga begini sebenarnya. Novel ini mengisahkan pergolakan rumahtangga, hidup berkeluarga dan alam pekerjaan. Aku dapat memahami hati seorang isteri dan secara tidak langsung aku juga dapat memahami isi hati seorang lelaki yang bergelar suami.

Sememangnya hidup yang kita lalui ini penuh ranjau dan onak duri. Seandainya tiada kesabaran dan pemahaman pihak lain, maka pastinya bertambah payah lah perjalanan hidup ini. Sesungguhnya pengalaman adalah guru yang terbaik dalam menempuh liku-liku hidup. Justeru itu, apa sahaja yang berlaku dalam kitaran hidup seharian kita, janganlah sesekali kita terlupa untuk meminta dan memohon pertolongan daripadaNya. Kerana, apa jua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Andai hari ini kita menangis, mungkin esok kita akan gembira.

Hidup ini kan ibarat roda, kadang kita diatas kadang kita dibawah. Tak selamanya kita akan kekal di tempat kita. Manalah ada kehidupan yang tidak bermasalah, melainkan orang yang tidak berakal. Namun, bagi ku mereka juga tetap ada masalah dengan gayanya yang tersendiri. Tak dapatlah nak diceritakan dengan lebih lanjut mengenai novel ini. Anda kenalah beli dan bacanya sendiri. Apapun, tahniah diucapkan kepada SriDiah diatas penerbitan karyanya ini. Terima Kasih jua diucapkan diatas ilmu-ilmu yang terdapat didalam novel ini.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!