Feed

:malamku yang beraktiviti:

by Wiznie Marzuki on Tuesday, September 26, 2006, under

Kriuk..kedengaran bunyi pintu bilik yg ditolak oleh ku. Aku duduk sebentar sementara menunggu makanan yg ku ambil waktu berbuka tadi dihadam dengan baik. Menu berbuka ku pada hari kedua berpuasa ini hanyalah kurma dan kebab. Sebenarnya yang ku kirim melalui kakfify pada jam 1830 menerusi sms td ialah sekeping murtabak ayam, namun ketika aku sedang mandi..kedengaran suara k’I yang bertanyakan kepadaku… “wie, murtabak tak ada, menu lain boleh tak?”.. lantas aku menjawab “ tak kesahlah, apa-apa pun boleh” erm, terdetik di fikiran ku persoalan..”apa agaknya menu yang dibeli oleh kakFify”, tapi ianya bukanlah suatu yang membuatkan aku berdukacita andai tak dapat menyantap menu angananku kali ini. Lantas ku biarkan sahaja persoalan itu berlalu pergi tanpa jawapan. Habis mandi dan mengenakan pakaian, ku sarung selipar rumah yang merupakan hadiah pemberian kakFify sempena harilahir ku yang ke-22 berwarna merahjambu dan mempunyai kartun minniemouse itu ke kakiku. Lalu, ku atur langkah menuruni tangga ke tingkat bawah rumah kami. Aku melabuhkan punggung ke atas simen dan mula termenung memikirkan apa yang telah aku lakukan sepanjang hari ini.

Ku imbas kembali ingatan di dalam ram cpu otak ku ini, lalu aku tersenyum…Terbayang dikaca mataku panorama yang tidak asing lagi dimata sejak bergelar siswi ukm, iaitu pemandangan sepanjang jalan dari fakulti menuju ke perhentian bas di luar ukm. Huhh~ asalnya, jasad ku ini hendak menunggu kehadiran bas ukm zon4 yang akan membawa ku pulang ke rumah di fasa1. namun, saat itu juga mindaku telah mengemukakan cadangan “why not jalan kaki jer?” lalu, aku terus membuat keputusan untuk mengikut utusan minda. Sambil berjalan memerhatikan keindahan alam yang telah sekian lama menjadi tatapan mata ini, beberapa buah kereta dan motor yang lalu di kiri ku bergerak dengan laju sekali. Pastinya, mereka hendak lekas pulang ke kediaman masing-masing sementara menunggu waktu berbuka, paling tidakpun kerana ingin singgah di bazaar ramadhan yang berhampiran. Mata ini ku lirikkan pada jam tangan di pergelangan tangan kanan, dan ia menunjukkan waktu sekarang 5:40 petang.. Aku terus mengatur langkah hingga ke fakulti kejuruteraan. Tiba di simpang tiga jalan tersebut, mata ini terpandang kelibat bas-bas ukm masuk ke simpang menuju ke fakulti ku termasuklah bas zon4 yang sememangnya ku nantikan. Namun, alang-alang berjalan biar ku teruskan saja sehingga ke destinasiku. Sebaik saja sampai ke lampu traffic utama ukm, mata ku terpandang kelibat shima, rakan rumah darus-sakinah atau lebih dikenali sebagai ds. Kami bersalam dan sama-sama melintas jalan menuju ke busstop didepan. Sementara menunggu bas, mata ku melirik kepada apa yang sedang dibaca oleh shima ketika itu. ‘erm, alangkah bagusnya dia sementara menunggu bas, sempat lagi mengisi masa dengan membaca al-Quran, Alhamdulillah’. Tidak lama kemudian, sedang asyik mata ku memerhati dan mindaku mencongak bila agaknya basmini nak sampai. Telinga kiri ku menangkap bunyi, “wie, jom tumpang keta wardah, kita balik sama-sama”. Pada mulanya, aku menolak namun dia bertegas “apa salahnya, rumah kita berdepan je”, lalu aku terus mengikut langkah shima menuju ke kereta wardah, kelihatan bersama didalam kereta ialah kakHawa. Sebaik sahaja kaki ku melangkah masuk, kereta wardah terus bergerak meninggalkan busstop. Agak lama jugak kami di dalam kereta, mana taknya dengan kereta yang bersesak-sesak pada waktu kemuncak ini dari dalam ukm lagi,huhhh~ walaubagaimanapun,kereta ini mampu jua menyelit dan sampai simpang untuk ke petronas, sekali lagi kat sini situasi macam beratur daaa~ wardah memecah kesunyian dalam kereta dengan berkata “ itu bas kakShima kan, kalau korang naik tadi mesti dah sampai kat busstop kiam kan? Mana taknya, basmini tuh dengan selamber nya mencelah di baris hadapan..apalagi kalau tidak niat memotong barisan kan, taulah awak besar.. huhuhu~ sampai saja giliran kami, wardah terus memecut hingga sampai ke depan rumah ds. Aku melangkahkan kaki keluar kereta dan bersalam sambil mengucapkan terima kasih kepada wardah dan rakan lain. Aku teruskan perjalanan pulang ke rumah yang hanya selang 3 buah rumah sahaja dengan ds. Rumah ku di barisan yang bertentangan dengan rumah ds.

Lamunan ku dikejutkan oleh bunyi pintu pagar dibuka. Oh, rupanya mereka telah kembali dari bazaar ramadhan... mereka terus menuju ke bahagian dapur dan meletakkan makanan-makanan yang dibeli. Aku terus bertanyakan kakFify “kakDijah mana?” “dia dah balik johor, esok dah mula mengajar”. oh ye ker, aku tersenyum lagi mengenangkan memori semalam bersama kakDijah, kakFify dan kakWani. Kami semua telah ke putrajaya, semata-mata ingin menikmati suasana malam disana sesudah selesai menunaikan solat tarawih di surau an-nur. Erm, 15 minit kemudian azan maghrib telah berkumandang menandakan telah masuk waktu berbuka bagi orang Islam yang berpuasa.
Setelah habis berbuka, aku terus menuju ke bilik air mengambil wuduk dan menunaikan solat maghrib. Entah kenapa, badan ku ini terasa sengal-sengal, aku meraba dan mengurut leherku. Aku cuba menghilangkan rasa sengal badanku ini dengan berbaring beralaskan bantal, namun mataku kian layu dan aku pun tertidur disitu. Apabila mata ini terbuka, dan apa yang kucari adalah jam di dinding bilik….aduhh~ dah pukul12mlm. Aku bingkas bangun dan menuju kebilik air, mengambil wuduk untuk mengerjakan solat isya’. Sudah selesai solat isya’, aku berwirid seketika dan berdoa ke hadrat Ilahi.

Setelah selesai bersolat, kaki ini melangkah ke luar bilik.. ‘kakak-kakak semuanya dah tidur’ terdetik di hatiku, daripada meneruskan tidur, lebih baik aku turun ke bawah menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai tadi. Kunatur langkah menuruni tangga dan mencari suis lampu dan kipas, maka terang lah ruang tamu rumah. Lantas, ku capai alat kawalan jauh tv, dan ku tekan butang 10 mencari tv9. lalu berkumandanglah, Allahu Akbar… oh, siaran langsung solat tarawih masjidil haram rupanya. Baiklah, akan ku tonton dan hayati maksud bacaan surah-surah yang dibaca oleh imam tersebut. Tiba-tiba aku mendengar bunyi dari perutku, ‘wahhh, sudah lapar ye?’ lantas aku bangun melangkah menuju ke dapur, difikiranku terbayang maggi goring segera. Hehehe~ enak jugak kan….nanti akan ku ganti semula maggi kepunyaan k’I ini. Setelai selesai menyediakan maggi goring tersebut, dengan lajunya aku telah menghabiskan hingga licin pinggan tu. ‘memang lapar betul neh, hahaha~’ jam baru menunjukkan pukul 2pagi. Lalu, aku membuka fail ku, dan menatap kembali dokumen-dokumen yang perlu ku tunjukkan kepada DrNazlia esok. Sedang aku meneliti dokumen sambil mendengaralunan ayat-ayat suci dari tv9, aku terlelap kembali. Tersedar dari bunyi derapan kaki kakSyida turun ke bawah mengejutkan aku.’Dia mesti turun nak sahur, pukul berapa ye sekarang neh?’ mataku melirik pada jam yang menunjukkan pukul 4pagi. Tadi seperti kedengaran bunyi sms, lantas handphone ku ambil .. oh,dari fieza rupanya mengucapkan salam ramadhan untuk ku. Aku balas semula sekadar mengirim forward sms. Sedang aku melayan kakSyida berborak sambil dia makan nasi, turun pula kakErn… “eh, pukul berapa kakErn sampai semalam?” kakErn lalu menjawab pukul830. aku tersenyum, yg pastinya aku dah lena dibuai mimpi waktu itu. KakErn pula bersahur dengan murtabak, dan menjemput aku makan bersamanya. ‘wahhh, seperti boleh membaca mindaku saja..aku memang menginginkan murtabak waktu berbuka tadi. Alhamdulillah syukur yaAllah, dapat juga hambaMu ini merasa murtabak. Setelah itu, kakFify turun dan bersahur dgn kebabnye..akhir sekali k’I turun dan aku minta dia menghabiskan murtabak yang tidak larat lagi aku memakannya…Aku ingin menjamah kurma pula. Aku yakin dengan kurma ini, aku dapat menahan rasa lapar buat masa yang lama. InsyaAllah. Lagipun, kurma kan banyak khasiatnya. Kami berbual sesama sendiri…apa yang menarik bagi aku ialah bila kakErn memaklumkan kepada kami, dia tak makan kurma. Aku memandangnya lalu berkata “ akak, wie pun dulu tak makan kurma, tapi mengajar diri untuk menyukai dan kini hasilnya…” tapi, kakErn menegaskan juga bahawa dia telah mencuba tapi masih tidak dapat menelan kurma. Sama perihal dengan kismis dan prun. Aku mencelah lagi “ wie pun tak makan prun dan kismis” walhal tau sangat kismis baik untuk ingatan. Tak mengapa, aku telah mempraktikkan dengan memakan madu setiap pagi. Kedengaran azan subuh dan lantas kami naik menuju ke bilik untuk menunaikan solat subuh. Seperti biasa aku akan mandi terlebih dulu sebelum solat subuh. Bukankah itu caranya untuk diet? Hehehe~ tak habis-habis aku nak diet…tak kurus lagikah badan ku ini? Erm…yang pastinya aku seorang perempuan dan memang perempuan punyai tanggapan dan fikiran yang sedemikian, diet is a must. Selesai solat, ku capai al-ma’thurat..satu rutin harian yang aku jaga, namun ada juga waktu aku meninggalkannya. Habis membaca, ku sarung baju kurung berwarna biru untuk meniti hari ini. Sarungkan tudung berwarna krim yang dihadiahkan oleh abah. Aku sukakan coraknya yang memang diakui cantik oleh rakan-rakan ku. Wahh, sememangnya kain tudung buatan kelantan cantik dan halus sulamannya. Ku atur langkah kaki menuruni tangga dan menyiapkan beg. Terpandang kelibat kakSyida dan kakErn, boleh lah kami pergi saing ke busstop nanti, desis hati ku..

(aduhai, malas pulak nak berstory cenggini neh…nanti2 plak lah yer…hehehe~)


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!