Feed

masih berjaga malam?

by Wiznie Marzuki on Wednesday, September 27, 2006, under

Ketika asyik mata ini menatap buku latihan dan minda ini cuba mengingati bagaimana tulisan karakter cina yang perlu ku hafal untuk ku jalani ujian ejaan/ tingxie pada esok hari….jari jemari ku bergerak pantas kearah hidungku…mata ku pejamkan dan.. “achummmm!!” beberapa kali aku terbersin.. aduhai, masuk arini sudah 3hari aku diserang virus selsema.. dengan keadaan suara yang sengau, hidung tersumbat, mata berair, deria rasa hilang buat seketika….alangkah tidak selesanya diri ku ini. Nak makan pun payah…baca al-Quran pun payah jugak…betapa aku tak suka dihinggapi virus ini, namun apa kan daya kalau antibody ku ini tidak cukup kuat untuk melawan kehadiran virus itu. Dalam keadaan yang lemah, ku menerimanya…bukankah ini juga adalah suatu bentuk ujian dariNya…lalu, aku beristighfar…yaAllah,ampunkan dosa-dosa hamba Mu ini. Betapa nikmatnya kesihatan yang Kau kurniakan buat mahkluk-makhlukMu di dunia ini, maka seharusnya kami bersyukur kepada Mu dengan mengamalkan suruhanMu dan meninggalkan laranganMu. Tepat jam di dinding menunjukkan pukul 10malam.Ku lirikkan mataku pada handphone yang berada di kanan ku, lalu ku ambil dan mencari forward msg utk bertanya kabar kawanku di melaka. Seketika kemudian, teet teet! Sms masuk berbunyi, ku lihat pada inbox, tertera nama k’ag, dia menjawab khabarnya dan bertanyakan bagaimana dengan progress projek akhirku?...aduhai, ini yang buat aku lemah…tadi, dapat jumpa DrNazlia pun tunjuk rekabentuk dan dia suruh perbetulkan mana yang salah, minggu depan jumpa dia, bawa bab4 yang dah lengkap. Aku mengadu pada k’ag, projek aku belum lagi diimplimentasi..aku baru sahaja nak belajar bagaimana menggunakan perisian visual web developer ini..sql pun bukan reti sgt….dan sempat lagi ku mohon bantuannya…lalu, k’ag membalas lagi “kenapa tak guna dreamweaver je? Akak pandai lah guna sql server tuh, Cuma vwd xpenah tgk pun..” takpelah k’ag, wie akan cuba belajar menggunakan vwd neh…lagipun kalau nak guna dreamweaver sekalipun, wie tetap kena belajar, sama je lah keadaannya jika wie gunakan vwd. K’ag membalas sms ku dengan memberi kata semangat…aku minta k’ag mendoakan agar dipermudahkan usaha aku menyiapkan projek akhir ini. Jam di dinding menunjukkan pukul 1145 malam. Mataku ini, kalau aku lelapkan mahu saja ia tidur, tapi aku bagaikan memaksa mataku untuk berjaga sama seperti malam semalam, cumanya semalam aku telah terlebih awal tidur, jadi takde masalah sangat lah nak berjaga. Lain pula halnya dengan malam ini, aku masih lagi belum tidur.. aku ingin melihat kembali apa yang telah dibincangkan bersama DrNazlia pada pukul 3ptg tadi. Perjumpaan ku kali ini juga syukur Alhamdulillah..sebenarnya, appointment telah dibuat pada petang semalam namun dr tiada di biliknya. Lantas pada pukul8pg tadi, sekali lagi ku menghantar email kepadanya untuk membuat temujanji projek. Setelah habis kelas mandarin ku dari jam 10-12tghr. Aku bergerak pantas bersama rahah menuju ke fakulti, di fikiranku hanyalah untuk cek email dr jika dia mahu berjumpa denganku pada petang ini…ya, dr membalas emailku memohon maaf kerana terlupa ada temujanji dengan ku petang semalam kerana dia bercuti. Takpelah dr, sekurang-kurangnya saya boleh jumpa dr petang neh. Ejaan karakter mandarin ku tinggalkan, insyaAllah aku boleh melakukan ujian ejaan esok dengan baik…akan ku imbas lagi karakter-karakter tersebut hari esok sebelum ujian ejaan bermula. Walaupun, aku sering mendapat markah penuh untuk ejaan sebelum-sebelum ini, namun ia bukanlah suatu janji untuk aku berjaya menjawabnya kali ini…hanya tawakkal je mampu ku lakukan… syukur ku ke hadratNya diatas apa yang telah dikurniakan kepadaku. Lalu. mataku, jariku, mindaku bergerak seiring untuk menyiapkan sedikit sebanyak bab4 rekabentuk yang perlu dihantar minggu depan..sementara menunggu waktu bersahur aku membuka cenel tv9, pastinya siaran langsung solat tarawih menjadi pilihan ku…lagipun nanti ianya disusuli dengan rancangan Halaqah, laman nurani…itu yang membuatkan aku tertarik menonton dan mendengar tv9 ketika ini.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!