Feed

:Tergodakah aku?:

by Wiznie Marzuki on Saturday, September 30, 2006, under

Hari ini hari ke-4 puasa, aku membuat keputusan balik ke rumah di KJ. Lagipun, adik perempuan ku, Farah meminta aku memulangkan semula blazer nya..katanya ada majlis di UIA pada hari sabtu ini yang menuntut pemakaian blazer. Ku turutkan saja kemahuan adik kesayangan ku itu. Perjalanan balik ke rumah itu seperti biasa jalan-jalan yang perlu aku lalui adalah berlepas dari komuter UKM menuju ke KlSentral dan seterusnya menaiki LRT dari situ ke Taman Bahagia.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang dua jam itu agak memenatkan ku. Dalam komuter sempat aku membaca novel, dan ku terima panggilan dari papa bertanyakan khabar dari anak perempuan sulungnya ini, dan ku khabarkan jua kepadanya akan kepulangan ku pada hari ini. Pastinya papa merindui anaknya…tambahan pula tiada seorang pun ahli keluarganya ada di rumah. Melainkan anak saudaranya yang merupakan abg sepupu ku dan juga tunangnya kakLaila.

Sedang aku mengelamun terkenangkan suasana dirumah, telah tiba rupanya aku di destinasi perantaraan KlSentral. Ketika menaiki lrt pada hari ini, aku dapati ada suara yang cuba menggoda jiwa dan nafsu ku. Adakah dia berjaya? Dari stesen Abdullah Hukum kedengaran suara yang menggoda itu. Suara itu bunyinya lebih kurang begini, tak berapa ingat sangat tapi maksudnya sama jer... “ we’ll be arriving station kerinchi for a short moment….( n then dis voice came out…) just four more station for you to…” memang suara ini menghitung bilangan stesyen yang kami perlu lalui untuk sampai ke destinasi yang dimaksudkannya iaitu stesyen TamanJaya.

Setelah kami melepasi stesyen TamanJaya yang ada Amcorp Mall itu, suara itu masih lagi tidak berputus asa untuk menggoda kami dengan berharap agar kami tetap akan singgah di mana-mana cawangannya untuk menikmati ‘yang lazat itu’…Nak tau apa yang ingin disampaikan oleh suara yang menggoda nafsu ku pada lewat petang hari ini?

Oklah, meh ceq nak habaq kat hangpa semua.. suara tuh cuba menggoda diri ceq ini untuk singgah di McDonald dan menikmati hidangan Chicken @ Beef Foldover jer… hehehehe~ tapi, kurang berjaya lah suara tuh…coz ceq memang nak santap kat umah ja…xterfikir nak singgah mana-mana pun… dan waktu itu juga berlalu dan ceq tak tersedar dan tak terperasan ada sms dari sahabat ceq yg sorg tuh...minta ampun ye, lewat balas hampir 1jam…huhuhu~ nampak umah ja dah tak nampak handphone dah…wekekeke~


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!