Feed

Kerendahan hati seorang kekasih (part1)

by Wiznie Marzuki on Monday, October 09, 2006, under

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Saidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika terdengar azan beliau cepat2 berangkat ke masjid, dan cepat2 pula kembali sesudah selesai sembahyang.

Pernah beliau pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar ketika itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Saidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “belum ada sarapan Ya Humaira’ ?” (Humaira’ adalah panggilan mesra untuk Saidatina ‘Aisyah yang bererti Wahai Yang Kemerah2an)‘Aisyah menjawab dengan agak seba salah, “Belum ada apa-apa Wahai Rasullullah”Rasullullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa sahaja hari ini.” Tanpa sedikit pun rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasullullah menegur “Mengapa kamu memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat beberapa kali tetapi dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” . “Aku tidak bertanya alasanmu,” Sahut Nabi S.A.W “Aku menanyakan mengapa kamu memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak2mu?”

Pernah baginda bersabda, “Sebaik2 lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.”Prihatin, sabar dan tawaduknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!