Feed

:Kerendahan hati seorang kekasih (Part2):

by Wiznie Marzuki on Wednesday, October 11, 2006, under

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendegar bunyi menggerutup seolah2 sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergesel antara satu sama lain.

Saidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu lansung bertanya setelah selesai solat. “Ya Rasullullah, kami melihat seolah2 tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah Ya Rasullullah?”“Tidak Ya Umar. Alhamdulillah aku sihat dan segar.”Ya Rasullullah mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin tuan sedang sakit…” Desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasullullah mengangkat jubahnya. Para sahabat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi haus setiap kali pergerakan tubuh baginda.“Ya Rasullullah! Adakah apabila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?”Lalu baginda menjawab dengan lembut “Tidak para sahabatku. Aku tahu apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti apabila aku sebagai pemimpin menjadi beban terhadap umatnya.” “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah Allah buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi kelaparan di akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap kasar oleh seorang Arab Badwi sehingga berbekas merah di lehernya. Dan penuh kehambaan baginda membasuh di tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita…Adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasullullah S.A.W pada hari ini? Apa-apa yang didengar sehari-hari yang didedah oleh media massa , hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar mencari manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata takutkan Allah S.W.T…sepertimana yang dilakukan oleh Rasullullah.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasai lebih daripada yang lain, ketika berhadapan dengan orang ramai mahupun keseorangan. Ketika pintu syurga terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi di malam hari, terus menerus beribadah sehinggakan baginda pernah terjatuh lantaran kaki baginda yang sudah bengkak-bengkak.

Fizikalnya sudah tidak mampu menahan kemahuan jiwanya yang begitu tinggi. Bila ditanya oleh saidatina ‘Aisyah, “Ya Rasullullah bukankah engkau telah dijamin syurga ? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”Jawab baginda dengan lunak “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanya seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hambaNya yang bersyukur.”


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!