Feed

:Mirror:

by Wiznie Marzuki on Wednesday, October 04, 2006, under


Di saat aku keseorangan dan memerlukan seorang teman,
kau hadir menghulurkan tangan,
walau kau tahu berkemungkinan aku tidak akan menyambutnya.

Di saat aku memerlukan kepercayaan dari seseorang,
Kau jua yang hadir memberikan sinar kepercayaan yang tidak mungkin diberikan oleh orang lain, kau berikan aku kekuatan cinta yang tidak ada kudrat untuk aku menerimanya.

Walau kau tahu diri ini punya kebolehan yang sangat sukar untuk dipercayai oleh orang lain, namun kau datang kepadaku dan berdiri di belakangku, memberikan aku semangat dan keyakinan bahawa kau sentiasa memberikan aku sokongan. Walau ianya amat menyeksa jiwa dan raga ku ini, namun kau tetap jua tidak berputus asa memberikan aku secebis harapan, harapan untuk hidup di dunia ini.

Namun terpaksa jua kau akui, Terpaksa jua kau terima, kata-kata ku tempoh hari, aku tetap akan pergi jauh meninggalkanmu, namun kau menginginkan kata-kata kepastian dariku, lalu ku titipkan kunang-kunang yang menjadi memori kita bersama, untuk menyatakan bahawa aku juga cinta kepadamu. Terima Kasih diatas segala perhatian yang kau berikan kepadaku.

Nukilan diatas adalah hasil tontonan movie 'mirror’, cerita ini mengisahkan seorang perempuan iaitu Kikan yang suka mengganggu dan menakutkan rakan-rakan kelasnya dengan pelbagai cara. Namun suatu hari dia berkebolehan untuk melihat dunia ghaib. Kejadian ini berlaku sejurus selepas dia bangun dari pengsannya akibat jatuh dari meja sekolah, yang malam sebelumnya itu dia telah menakut-nakutkan rakan-rakan perempuannya dengan menyamar sebagai hantu. Oleh sebab itu, penglihatannya itu sangat menghantui dirinya. Dia mampu untuk melihat dan mengetahui bilakah sampai ajal seseorang itu dengan melihat tiadanya bayang mereka di cermin. Cerita ini juga ada diselitkan cinta yang menjadi kekuatan untuk lelaki ini iaitu Doni untuk mempercayai kebolehan Kikan melihat dunia ghaib. Namun, cintanya tidak berbalas kerana Kikan tau dia tidak dapat hidup lama lagi. Justeru untuk membolehkan Kikan pergi dengan aman dan menyelesaikan apa yang masih ketinggalan, Kikan telah menitipkan kunang-kunang bagi menyatakan perasaan cintanya kepada Doni. Begitulah jalan ceritanya yang ringkas. Bagi saya cerita ini hanya mempunyai sedikit genre seramnya dan mampu buat saya terkejut, tetapi masih belum di tahap menakutkan saya. Hehehe~ Alhamdulillah. Karang ada yang takut tidur malam…wahahaha~, sejak bila neh ngomong dalam bahasa seberang. Aduh aduh gamat neh….wekekekke~ ampun yaa… :p


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!