Feed

:26 Disember?:

by Wiznie Marzuki on Wednesday, December 27, 2006, under

Tarikh 26 disember.... Apakah keistimewaan atau kelainan yang berlaku pada tarikh ini sehinggakan kita tak boleh menahan sebak dan menitiskan air mata bila mengenangkannya semula? Pada tarikh ini berlakunya suatu kejadian yang menyayat hati setiap insan di atas muka bumi ini. Kini, genap 2tahun sudah detik berlakunya Tsunami yang bukan sahaja memusnahkan harta benda malah turut mengorbankan nyawa ratusan ribu manusia di beberapa buah negara Asia. Pastinya masih segar di ingatan kita tempat-tempat berlakunya peristiwa ini iaitu di Aceh, Kedah dan beberapa tempat lagi. Kita selalu sematkan di minda bahawa kita berada di Malaysia tempat yang selamat dan aman. Namun begitu, tanpa kita sedari tanpa kita bersedia tempias bencana alam ini juga terkena di negara yang kita cintai ini. Peristiwa ini telah mengejutkan banyak pihak dan menzahirkan sifat kemanusiaan yang ada di hati kita semua. Banyak bantuan telah dihantar ke Aceh, Kota Kuala Muda Kedah dan lain-lain tempat. Badan-badan kerajaan dan NGO berusaha meringankan beban mangsa-mangsa Tsunami ini.
Kejadian ini juga memberikan penginsafan dan juga peringatan kepada kita sebagai umat Islam tentang kekuasaanNya. Kita menyedari betapa kerdilnya diri kita di waktu itu. Disamping turut memberikan bantuan dengan menghulurkan derma-derma melalui badan-badan khas, kita juga turut mendoakan agar mangsa-mangsa Tsunami ini sabar dan tabah dalam mengharungi dugaan dariNya.Dengan keadaan sehelai sepinggang, mereka juga tetap tenang meneruskan hari-hari mendatang tanpa yang tersayang disisi. Oleh itu, kita perlulah mengambil peristiwa ini sebagai iktibar buat kita, sentiasa muhasabahkan diri agar tidak leka dan tidak terlena dengan duniawi indah yang hanya sementara ini.
Masih segar di ingatan, pemandangan Tsunami yang dipaparkan di kaca tv. Segalanya musnah dek ombak yang setinggi bangunan lima tingkat. Allahu Akbar! Namun begitu, masih ada bangunan yang tetap teguh di tempatnya iaitu masjid. Juga dapat diperhatikan pokok-pokok kelapa yang tidak tumbang. Walhal, struktur pokok kelapa itu tidak seberapa kukuhnya. Akarnya hanya mencengkam tanah pasir, namun tetap gah meliuk-lentokkan tubuhnya. Subhanallah…sesungguhnya kekuasaan Allah ada dimana-mana, hanya memerlukan akal untuk memikirkan dan mentafsirkannya.
Kejadian yang berlaku pada akhir tahun 2004 ini juga menyebabkan PM kita mengumumkan tiadanya sambutan tahun baru 2005. Walaupun sudah diberitahu, namun masih ada pihak-pihak yang tidak mengendahkan arahan tersebut. Apakah mereka langsung tidak mengambil peduli akan apa yang berlaku? Jawapannya hanya mereka yang tahu, apa yang dicari, apa yang mereka inginkan… Persoalan sebegini sering timbul di benak fikiran saya. Keseronokan yang bersifat sementara yang mereka kejarkan ini, apakah ianya menjanjikan kebahagiaan kepada mereka? Saya sedar diri saya pun tidaklah sebaik mereka yang baik, masih ada jahatnya. Yang hanya mampu saya lakukan ialah berdoa agar hidayah yang ada disekeliling mereka itu, bakal mereka temui dan hayatinya. Selebihnya, simpati terhadap diri dan juga buat mereka saya titipkan.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!