Feed

:Salam Aidiladha:

by Wiznie Marzuki on Sunday, December 31, 2006, under

Tepat jam 12malam ini, tahun baru 2007 masihi akan disambut. Sebagai umat Islam, kita harus ingat bahawa kita juga sedang menyambut Hari Raya kedua terbesar bagi umat Islam iaitu Hari Raya AidilAdha ataupun dikenali sebagai Hari Raya Korban dan juga Hari Raya Haji. Ianya diraikan pada hari ini iaitu 31Disember2006. Maknanya, sehari sebelum sambutan tahun baru 2007 lah kan. Kalau nak sambut kedua-duanya, elok sangat lah tu. Tau kenapa? 31 dis kita sibuk sambut raya haji. Kita insaf di atas peristiwa Nabi Ismail a.s dan Nabi Ibrahim a.s.

Esoknya kita nak bergembira sambut tahun baru masihi? Alahai sabarlah lagi, 20 jan dah sambut awal Muharram kan. Lebih baik kita sambut awal Muharram daripada sambut tahun baru masihi kan. Sekurang-kurangnya kita tahu tujuan kita sambut awal Muharram, untuk mengingati penghijrahan Rasulullah s.a.w ke Madinah. Pengertian tahun baru pada diri masing-masing pasti berbeza. Samada baginya permulaan tahun baru adalah 1jan atau 1muharram, semua terpulang pada dirinya. Permulaan suatu yang baru yang disertai selawat keatas baginda bukankah lebih mendatangkan kebaikan kepada kita daripada menyertai sambutan tahun baru di keramaian yang kita belum pasti lagi kebaikannya dan sudah pasti akan ada keburukannya. Tapi, tak salah jugak kan kalau kita menyambut 1jan. Yang pentingnya, hati dan pendirian kita dimana.

Jangan terlalu mengikut hati yang muda dan ghairah ingin bergembira, tiada maknanya. Kita hendaklah ingat masih ada yang berduka kerana musibah yang menimpa. Mereka saudara seagama kita juga rakyat senegara tidak lupa juga di seluruh pelusuk dunia. Di samping kita bergembira merayakan hari raya, hulurkan juga bantuan apa yang termampu kepada mereka yang memerlukan. Sedekahkan bacaan al-Quran kepada mereka yang sudah pergi meninggalkan kita buat selamanya. Sentiasalah memaafkan apa jua kesalahan orang terhadap kita. Jalinkan hubungan silaturrahim yang erat antara kita semua.

Sedang kita sibuk meraikan hari raya, terbaca di dada akhbar mengenai penggantungan bekas Presiden Iraq. Kejam bukan? Tak tahu lah nak kata apa. Namun yang pastinya, penggantungan di pagi raya ini tidak wajar dilakukan. Seolah-olah menyindir umat Islam seluruh dunia yang melakukan ibadah korban. Dunia, dunia…makin menjadi-jadi dengan kepentingan masing-masing. Apa yang dicari, apa yang diingini, kita semua boleh berfikir dan memahaminya dengan bijak. Ish, dah lah tuh dengan isu dunia.

Tiba-tiba teringat pulak, bukankah Rasulullah s.a.w juga turut digelar anak dari 2 peristiwa penyembelihan yang tak jadi? Satu adalah daripada Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s, manakala satu lagi adalah daripada ayah baginda sendiri iaitu Abdullah dan Abdul Muttalib. Peristiwa ini menunjukkan kepada kita manusia, akan kekuasaanNya yang Maha Esa juga ketaatan hamba terhadap Penciptanya. Sebenarnya lah kan, banyak kisah-kisah para Nabi dan Rasul yang tidak saya ketahui dan ingati. Saya berharap saya akan lebih membaca dan menceritakan kepada adik-adik saya agar cerita-cerita ini lebih mudah untuk saya ingati dan hayatinya bersama. InsyaAllah mudah-mudahan.

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Tahun Baru 2007 Masihi.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!