Feed

:GoodBye n Welcome:

by Wiznie Marzuki on Monday, January 01, 2007, under

Selamat tinggal 2006.

Tahun yang berlalu pergi dan tidak akan kembali lagi. Terasa pantasnya setahun itu berlalu. Sahabatku, cuba kita lihatnya sebagai masa. Seringkali kita mendengar ungkapan bahawa masa itu Emas, ianya sangat berharga. Tetapi, ianya akan lebih berharga jika kita mengungkapkannya sebagai kehidupan. Masa Itu Kehidupan. Maka, kita akan lebih belajar untuk menghargai pentingnya masa itu. Emas masih boleh dan sanggup kita jualkan, namun adakah kita boleh dan sanggup menjual masa kehidupan kita yang tidak boleh diputarkan kembali. Jawapannya ada dalam diri kita sendiri, kita yang mencorakkannya bukan? Life is Once, and Live It Wisely.





Selamat datang tahun 2007 masihi.

Apa sahaja yang bakal kita tempuhi di tahun 2007 ini, ianya bakal mengisi lipatan sejarah dalam diari hidup kita masing-masing. Persoalannya ialah, adakah kita akan mencorakkannya dengan warna-warna ceria atau warna-warna duka? Itu semua bergantung kepada diri kita. Pokok pangkalnya segala apa yang kita putuskan dalam hidup kita, ianya akan mempengaruhi seumur hidup kita di masa hadapan. Tetapi, jangan dilupa qada dan qadar daripada Nya. Apa jua yang bakal berlaku kelak, hadapinya dengan sabar dan hati yang tabah. Sentiasalah merujuk kepadaNya samada di dalam waktu senang ataupun susah. Jangan dilupa keistimewaan kita sebagai hambaNya, senjata yang kita ada sebagai seorang mukmin ialah DOA. Gunakanlah keistimewaan yang telah dikurniakan kepada kita itu dengan bijaksana.


Pada tahun 2007 ini juga, bakal berlangsungnya aktiviti-aktiviti yang besar di seluruh negara. Ini semua kerana sempena menyambut kemerdekaan negara kita yang ke-50 pada 31 Ogos nanti. Terlintas di fikiran saya akan sebuah pameran yang bakal berlangsung di KLCC pada 8-14 jan ini bertempat di Dewan Pameran1. Saya akan cuba untuk menghadirkan diri ke sana nanti. InsyaAllah. Pameran yang saya maksudkan ialah Pameran Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam dengan temanya "Sains Islam Mendahului Zaman".


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!