Feed

~cinta datang lagi..~

by Wiznie Marzuki on Friday, April 04, 2008, under


Dulu saya pernah berbicara mengenainya..

Cinta? Apakah sebenarnya erti cinta. Adakah kita semua amat memerlukannya dalam hidup kita ini? Jawapan saya ialah Ya, memang kita perlukan cinta. Tapi, sejauh mana cinta itu penting buat kita. Bagi saya, semuanya terpulang pada diri masing-masing itu sendiri. Bagaimana mereka hendak menerima dan memperlakukan cinta mereka. Cinta itu memang tidak boleh dipaksa. Ianya hadir tanpa kita sedari. Kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari bahawa apa yang kita rasakan itu adakah ianya benar-benar cinta atau sekadar mainan perasaan semata. Saya berkata-kata bagaikan saya pernah melalui episod cinta bukan? Walhal, saya sendiri tidak pernah mempunyai pengalaman dalam cinta. Tapi, bukankah kita boleh pelajari ia dari dunia sekeliling kita. Seringkali saya menerima persoalan yang ingin mengetahui seandainya diri ini sudah berpunya atau belum. Kala itu, terdetik di minda saya adakah saya harus berlaku jujur atau berbohong sebab manusia kadang-kadang lebih senang mendengarkan sesuatu yang tidak benar daripada yang benar. Itulah kita, seringkali menilai dari luaran seseorang. First impression katanya. Tidak semestinya jika seseorang itu cantik, mereka mempunyai seseorang yang dicintai di samping mereka. Dan tidak semestinya orang yang tidak cantik itu sebaliknya. Cinta itu sepatutnya bukanlah berdasarkan paras rupa. Tapi ramai yang jatuh cinta hanya kerana paras rupa seseorang dan selepas itu barulah dilihat hatinya. Bagi saya, saya lebih senang untuk jujur terhadap orang yang bertanya itu dan terpulang kepada mereka untuk menilai jawapan yang saya berikan.

Saya tidak menafikan keinginan hati setiap orang yang ingin mencintai dan dicintai. Kita hanyalah manusia biasa. Tetapi, bergantunglah kepada individu itu sendiri untuk menerima atau menolak sesorang yang hadir dalam hidupnya. Segala apa yang dilakukan olehnya pasti mempunyai sebab tersendiri yang mungkin tidak akan difahami oleh orang lain. Setiap insan pasti memiliki suatu rahsia hidup yang tidak ingin dikongsi oleh sesiapa pun di dunia ini. Dan mungkin kerana inilah seseorang itu bertindak untuk membuat keputusan yang dirasakan terbaik buat hidupnya. Walaupun dia sendiri belum pasti apakah itu yang terbaik buat dirinya namun keputusan harus juga dilakukan. Biar apa jua yang dikata oleh orang sekeliling asalkan kita sendiri sedia menerima segala kemungkinan yang bakal dihadapi maka teruskanlah. Jangan lah lupa untuk senantiasa berdoa ke hadrat Ilahi dan moga ditunjukkan jalan kebenaran dan dipandukan keputusan kita itu agar mudah-mudahan ianya akan menjadi suatu keputusan yang terbaik buat diri kita.




0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!