Feed

~NaRNia..~

by Wiznie Marzuki on Tuesday, May 20, 2008, under


Ya, akhirnya saya berjaya menonton Narnia semalam bersama Sil, teman serumah saya. Saya memang amat menggemari filem-filem cereka yang diadaptasi daripada novel dan menggunakan imaginasi yang tinggi seperti HarryPorter. Amat puas sekali dapat menonton sekuel kepada filem Narnia pertama. Kali ini, mereka berempat sekali lagi mengembara ke alam Narnia. Namun, apa yang mereka hadapi tidak seperti apa yang mereka bayangkan. Kerana pada kali ini, Narnia telah musnah gara-gara pemergian mereka dahulu dan juga Aslan. Pihak Telmarine telah menakluk Narnia. Putera Caspian adalah satu-satunya waris takhta kerajaan Telamrine, tetapi pakciknya yang jahat cuba merampasnya dengan menggunakan taktik kotor.

Namun, niat jahat tidak akan berjaya. Putera Caspian bertemu dengan makhluk-makhluk Narnia dan bergabung tenaga dengan mereka untuk membantunya mendapatkan takhtanya semula dan mengembalikan tanah Narnia kepada mereka semula. Sementara itu, kembalinya Peter, Susan, Edmund dan Lucy telah menyebabkan mereka bergabung tenaga juga untuk mencapai matlamat mereka yang tadi. Beberapa konflik dan dugaan berlaku sepanjang usaha mereka bagi mendapatkan semula apa yang mereka sepatutnya miliki, namun akhirnya dengan idea Lucy yang percaya akan kemunculan semula Aslan telah menghadiahkan kemenangan di pihak mereka. Benarlah kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Narnia kali ini perlu ditonton oleh semua yang telah menonton Narnia pertama dan ingin mengetahui kisah seterusnya. Maka, jemputlah ke pawagam berhampiran anda… terima kasih.


Klik disini untuk Official Website..






1 comment for this entry:
  1. gravatar
    my

    Betul ek NARNIA;PRINCE CASPIAN tu best.. ni yg den jeles ni.. huhuhu

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!