Feed

~TeAcHeR'S dAy..~

by Wiznie Marzuki on Friday, May 16, 2008, under



Happy teacher’s day..

Assalamu’alaikum.. Hari ini adalah Hari Guru bertarikh 16Mei08. Biasanya kita akan meraikan guru2 yang banyak mengajar kita, mencurahkan ilmu dan meluangkan masa untuk kita sejak dari kecil hingga dewasa.

Guru pertama dalam hidup kita sebaik sahaja kita keluar melihat dunia ini tidak lain tidak bukan adalah kedua orang tua kita sendiri. Hidup kita tidak akan pernah lengkap tanpa mereka berdua ini. Kita juga sanggup melakukan apa saja demi menggembirakan mereka berdua. Bagi yang masih ada lagi kedua orang tua mereka, selalulah menelefon bertanya khabar dan menjenguk mereka selagi mereka masih ada. Bagi yang telah kehilangan pula, jangan dilupa sentiasa mendoakan dan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran kepada mereka. Sesungguhnya kita hanya akan menyedari kerinduan dan kepentingan mereka apabila mereka telah tiada. Manusia sememangnya begitu. Jadi, janganlah sesekali mengabaikan mereka sepanjang kehidupan ini. Hidup yang terlalu singkat untuk kita beramal bakti kepada kedua orang tua kita itu. Justeru, ingatlah bahawa mereka tidak pernah sesekali pun melupakan kita dan tidak akan pernah berhenti menyayangi kita. Kasih dan cinta mereka adalah sama sekali tidak bersyarat.

Kemudian guru yang seterusnya adalah guru-guru semasa kita di bangku sekolah hingga seterusnya kita ke menara gading. Jasa mereka ini juga tidak akan terbalas oleh kita. Cukup dengan hasil kejayaan kita dapat menggembirakan mereka semua. Mereka tidak meminta wang ringgit, ingatan dan kejayaan juga mencukupi. Ucapkanlah terima kasih buat mereka juga sementara mereka masih ada. Itu pun, seandainya kita bertemu dengan mereka. Paling tidak kita juga boleh mendoakan kesejahteraan hidup mereka sentiasa.

Terdapat juga guru secara tidak langsung, iaitu melalui pembacaan dan penelitian terhadap alam sekeliling. Dimana-mana sahaja terdapatnya sumber ilmu. Samada kita sedari atau tidak, seumur hidup ini kita tidak pernah berhenti dalam menuntut ilmu. Sesungguhnya ilmu tidak akan pernah habis untuk dituntut oleh kita sepanjang hayat ini.

Walauapa pun, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka semua, guru-guru saya sepanjang kehidupan saya didunia ini. Hanya DIA yang mampu membalasnya. Tidak lupa, saya akan sentiasa mendoakan kesemua guru-guru saya agar memperoleh kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat kelak. InsyaAllah. Aaminnn..
note: Last friday, i'm so happy and touched.. because u know what.. hehe.. my student from SK Bakong sent me a message.. “ Askum, ckg ini Kirah &Aida, kami berdua nak ucapkan, HAPPY TEACHER DAY. Kami sayang cikgu dan kami semua sangat rindukan cikgu.. ;) “ sent at 16:38 16mei08.

That’s why I feel happy. And after that, I received sms from my student in SMK Kangkong.. Linda and she’s in form3 now.. wishing the same. I’m so glad that they still remember me. And I know that I promised them to go n meet them during Raya in this year. InsyaAllah, I’ll do my best for them.
-updated on 20Mei08-


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!