Feed

~Selamat Hari Raya Aidilfitri...~

by Wiznie Marzuki on Tuesday, October 07, 2008, under

Assalamu'alaikum wrt wbt..

First, nak wish semua orang yang berpuasa di bulan Ramadhan yang lepas dgn ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin..

Second, AlFatihah buat kedua2 arwah iaitu adikku yang tercinta, Elyni Marzuki dan Zumratullah Zakaria.. Mereka pergi meninggalkan kami pada 26 Sept 08.. Terlibat dalam kemalangan jalan raya di Chiku2, Gua Musang pada sekitar jam 4pagi sewaktu di dalam perjalanan pulang beraya di Kelantan..

formal kan laporan kat atas ni? ermm... sebenarnya kat atas ni, tujuannya nak menyampaikan fakta yang penting je. selebihnya di bawah...

Ya Allah, Kau tempatkanlah mereka ini di kalangan orang2 yang beriman.

Buat arwah Zum, walaupun saya tak berapa mengenali diri awak sepenuhnya, namun kehadiran awak dalam hidup adik saya,Aya amat menggembirakan dia dan juga kami sekeluarga. Terima kasih di atas segala kebaikan awak kepadanya. Saya hanya mampu memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar membalas segala jasa baik awak dan semoga ditempatkan di Jannah yang kekal abadi.

Buat adikku yang tercinta, Elyni Marzuki.. Pemergian mu amat dirasai oleh semua orang. Apatah lagi keluarga kita.. adik, ketahuilah oleh mu bahawa kami semua amat merindui dan menyayangi mu.. tak tertanggung rasanya hati.. tak terucap dengan kata2... pergilah dik.. kami redha dengan ketentuan Ilahi yang menentukan segalanya.. Dia maha Mengetahui.. Dia lebih menyayangi dirimu dan arwah Zum.. Kami disini hanya mampu berdoa agar adik dan arwah Zum ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman disisiNya...


p/s: wanna read more n see Elyni's picture.. click here. its farah's entry in her blog.

Buat aya, tabahkan hati dik... Allah lebih menyayangi kedua2 arwah.. Nie tahu kehilangan mereka berdua amat berat bagi dirimu utk menerima nya.. namun, aya harus kuatkan semangat, hidup perlu diteruskan... Aya masih ada teman2 disisi yang sanggup berkongsi suka duka bersama... thanx to Fana, Wanie, Disya, Anthony n the rest.. Tolong tengok2kan aya di UIA ye... sokongan kamu semua utk Aya amatlah Nie hargai... Terima Kasih yang tak terhingga buat kamu semua.. Aya, Nie sayang sangat kat aya... kami semua amat menyayangi mu dik.. kuatkan semangat... kami sekeluarga sentiasa berada disisimu.. jangan sesekali menyalahkan dirimu lagi di atas segala yang berlaku.. Ini semua dugaan dan ketentuan dariNya.. Terimalah dengan redha..

Buat mami, Nie tahu mami amat kuat utk menerima dugaan yang hebat ini. Allah lebih menyayangi adik... Nie harap mami tabah... Semoga mami cepat sembuh... Nie teramat sayangkan mami... Bersabarlah mami, tempat adik telah ditentukan olehNya.. Bergembiralah mami, insyaAllah adik juga gembira disana... Mami kuatkanlah semangat, kami sentiasa berada disisi mami...

walaupun raya kali ini, terjadinya episod yang amat memilukan hati.. namun, kehidupan tetap perlu diteruskan... Mati adalah sesuatu yang haruslah kita sebagai yang masih hidup ini mengingatinya selalu... Mati adalah sesuatu yang pasti.. Cuma, masa tempat dan bagaimana tidak kita ketahui.. Setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita pasti ada hikmah di sebaliknya.. Fikir2kanlah, muhasabah diri... Semoga kita semua beroleh jawapannya. InsyaAllah.

Al-Fatihah utk mereka...


p/s: if u guys wanna read more n detail bout the accident.. search on the name of Zumratullah, n u can find it..


5 comments for this entry:
  1. gravatar
    -mYza-

    wie..takziah utk kau sekeluarga. aku baru tau bile kak lyn infom die baca blog kau. adik kau yg mana wie? tabah k.

  2. gravatar
    WiWie

    hye myza.. thanx..
    adik wie yg bongsu dh xde... yg g Aussie aritu, she's the one who drives the car, but she's ok, just cedera ringan.. my mummy patah tulang bahu. but then,everyone is getting better now..Alhamdulillah. thanx to kakLyn also..

  3. gravatar
    mysteriousFana

    kak winie..
    u re so strong tau..fana respek sgt u n ur family n zum's family..

    stay strong kak winie..sesungguhnya Allah maha mengetahui segala hikmah yg tersembunyi..

    dun worry bout ayah,k..die pun kuat jgk..alhamdulillah,na tulon tgk2 kan die kat sini..

  4. gravatar
    ~nss~ (",)

    menitis air mata baca entry wie ni..tabahkan hati ye wie..semoga farah juga setabah mummy..sama2 kita doakan roh mereka tenang di sana..

  5. gravatar
    WiWie

    thanx uol.. i really appreciate everything.. :)

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!