Feed

~Kejutan~

by Wiznie Marzuki on Friday, March 13, 2009, under


Kejutan? Siapa dalam dunia ini yang tidak sukakan kejutan? Apa yang saya maksudkan dengan kejutan disini ialah sesuatu yang dilakukan untuk membuat seseorang yang kita sayang itu merasakan diri mereka disayangi atau diingati. Tak kisahlah dengan apa cara sekalipun, samada dengan pemberian material ataupun dengan hanya kata-kata. Saya tetap percaya bahawa semua orang memang suka jika diri mereka diberi kejutan oleh orang yang mereka anggap istimewa dalam hidup mereka ataupun daripada hanya kawan biasa. Bagi sesiapa yang tidak menyukainya, maka bagi saya dia adalah dalam golongan yang rugi dan mementingkan diri sendiri.
Saya rasa tidak keterlaluan untuk saya berkata begitu kerana dalam hidup ini kita memang tidak mampu untuk hidup seorang diri. Setiap manusia memerlukan teman hidup, samada keluarga, sanak-saudara, kawan-kawan ataupun masyarakat sekeliling. Jadi, kejutan ini sememangnya menjadi sesuatu yang amat digemari oleh setiap orang. Hidup akan terasa hambar dan bosan jika semuanya berjalan seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang pembaharuan. Kita memang menyukai setiap yang baru kan. Namun, tidak bermakna yang lama harus dilupakan.

Pada kebiasaannya, kita akan memberikan kejutan kepada mereka yang kita sayang. Walaupun kadangkala mereka sendiri tak menyedari bahawa apa yang kita lakukan, apa yang kita berikan merupakan sesuatu kejutan buat mereka. Namun kita haruslah terus berusaha untuk menarik perhatiannya dengan kejutan-kejutan yang berlainan agar mereka sendiri turut merasakan perubahan dan pembaharuan yang kita lakukan itu.

Kemungkinan sebelum ini mereka tidak menumpukan perhatian dan berasa malu untuk menyatakan kepada kita bahawa mereka sebenarnya juga suka akan kejutan yang mereka terima itu. Ataupun mungkin mereka sengaja untuk tidak mengendahkan apa yang kita berikan atau lakukan semata-mata untuk melihat bagaimanakah cara dan usaha kita untuk menarik perhatiannya. Adakah kita akan berputus asa atau kita akan terus mencuba sehingga berjaya. Semuanya terpulang kepada kita kan.

Oleh sebab itu, janganlah sesekali mengalah, berputus asa dan berasa bosan untuk meneruskan kejutan-kejutan itu. Kerana, setiap manusia jika di didik lama-lama dengan bermacam-macam perubahan di sekeliling mereka, lama-kelamaan mereka akan menyedari akan semua pembaharuan itu. Bersabarlah, kerana dengan berkat kesabaran itu kita akan memperoleh kemanisannya kelak.

itu pendapat wie tentang kejutan.. dan bg wie.. biasanya perempuan yang lebih suka melakukan kejutan berbanding lelaki.. kita sedia maklum perempuan memang inginkan perhatian.. mungkin sebab itu, perempuan lebih suka melakukan perkara2 yang dirasakannya boleh menarik perhatian lelaki terhadap mereka. betul ke? hehehe~ sama2 lah kita renung2kan ye..

wallahu'alam.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!