Feed

~keliru~

by Wiznie Marzuki on Thursday, April 09, 2009, under



seringkali aku bermonolog dgn diriku ini...
hati dan minda ku tidak seiring..
kadangkala hati mahukan yang lain..
kadangkala minda menyuruh yang lain..
kadangkala tindakan itu melakukan sesuatu yang lain..

apakah yang sebenarnya ada di fikiran ku ini..
kenapa aku seringkali tewas..
tewas dengan segala-galanya..
baik di depan mata mahupun yang dibelakang..

aku sendiri tidak tahu apa yang aku inginkan dalam hidup ku?
pelik bukan? tapi inilah yang sedang aku alami saat ini..
kemanakah hala tuju hidupku yang sebenarnya?
apa yang aku mahukan? apa yang aku sedang lakukan?

semuanya suatu persoalan yang tidak pernah aku temui jawapannya..
bilakah akan ku bersua dengannya..
siapakah yang akan memandu diriku ini untuk tiba ke destinasi itu?
aku sendiri tak punya jawapannya..

aku mencari sesuatu yang dinamakan sebagai perubahan..
tapi aku sendiri tidak tahu dimanakah titik mulanya perubahan itu..
yang sepatutnya dicipta oleh diri aku sendiri..
tak begitu?


"DIA tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,
melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.."


kata2 ini seringkali aku lontarkan ke benak fikiran ku..
namun, ianya ku lihat bagaikan menjirus air ke daun keladi..
aduhai.. sukar sangatkah untuk aku memulakannya?
aku bukan lagi seorang kanak2..
sudah hampir suku abad aku hidup di muka bumiNYA..
bangun lah wiznie.. dimanakah kekuatan diri mu..
carilah ia sebelum terlambat..


2 comments for this entry:
  1. gravatar
    K'fy & Abe

    tepuk dada tanye diri sendiri..antara mahu atau tak..renung2 dan muhasabah diri :)

    ape pun dilema/kekeliruan awak,langkah terus ke depan..jgn amik masa terlalu lama tuk berpikir..ececeh..mcm aku tau je prob laling ku ini..we'll pray for u dear ;)

  2. gravatar
    WiWie

    aduhai.. sentap lak rasanya.. hee :D wokeh both my dear abe n sis..

    no body knows whats in my heart really is.. only HIM. anyway, thanx for ur pray. appreciate it so much. muahhh! ;)

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!