Feed

~1bulan di kampung~

by Wiznie Marzuki on Thursday, May 14, 2009, under

Assalamu'alaikum wbt..

Hampir sebulan wie tak online.tp, sebenarnya bukanlah berterusan selama sebulan sebab awal mei aritu jumpa kakFy n abeWan, pastu sempatlah online sekejap jenguk blog neh, tp xleh lama2 sgt nnt penyakit gian datang susah lak. hehe. jadi, sekarang selepas sebulan berada di kampung halaman ku itu. kini, wie kembali semula ke KJ. kepulangan ini pun bersebab sebenarnya. Abg Sepupu ku yang seorang itu suruh balik dan dia maklumkan ada temuduga terbuka di Putrajaya. maka inilah penyebab utama wie kembali ke KJ. harini dah genap 4hari wie berada di KJ. pastu, td dlm kul11mlm mami pulak baru sampai sini sebab cuti. jadi, wie rasa sebaiknya wie ikut dia kembali ke kelantan sekali lagi hari ahad neh.

sebenarnya dalam perancangan wie sendiri, wie nak balik KJ neh hujung bulan6, sebab dia pun dah abis exam kat sana. sekarang bosan jugak sebab dia tak online, sibuk mengulangkaji pelajaran. wie memang xnak mengganggu konsentrasi dia untuk final exam neh, biarlah dia habis cepat2 belajar dan kembali ke tanahair dgn segera. bukan ape, untuk dia kembali berkhidmat dan menabur bakti kepada keluarga, agama dan tanah airnya juga. ok,cukup pasal dia.

selama sebulan wie berada di kampung tuh, yang pastinya hidup disana memang sibuk dengan urusan seharian yang sama je.. xkira arini, esok atau lusa.. rutin harian yang diulang2.. buat pemantauan, buat teguran, beli barang2 dan sebagainya. itulah rutin seharian untuk pengurusan kantin sekolah neh.

mula2 balik sana dalam 1minggu, memang lah terasa jugak bosannya sebab xleh nk online. xleh nk bborak dgn kwn2 yg biasa kita duk borak sehari2. tp, lama kelamaan semua itu menjadi kebiasaan. timbul pulak keseronokkan untuk menetap lebih lama disini. kita memang kena akui bahawa ketenangan di kampung memang susah nak cari di bandar2 sekarang. takkan sama. hidup dikelilingi dengan suasana kampung dan kehadiran sanak saudara..memang amat berbeza dengan di kota yang dikelilingi sahabat handai dan hiburan yang pelbagai.

tp, bila suatu hari tuh wie ambil masa pada waktu petang berjalan keliling kampung. wie dapati memang banyak benda yang wie terlepas pandang. pembangunan di kampung juga tak kurang hebatnya, tak lupa juga perkembangan penduduk2 di kampung itu sendiri.. masing2 dengan kehebatan dan kemajuan yang tersendiri. terbit juga rasa bangga di hati dengan kampung ku ini.

walaupun begitu, kisah kampungku ini tak semuanya indah. pasti, ada yang terpalit noda2 yang tidak kita ingini tp harus kita hadapinya juga. tambahan pula kampung wie neh memang berhampiran dengan sempadan negara jiran kita. belakang sikit jer dah memang sungai golok. jadi, tak perlulah wie cerita dengan lebih lanjut, kerana sudah pastinya yang terbayang di fikiran kita masing2 adalah jenayah penyeludupan, bukan begitu? yang biasanya, seludup beras lah. yang dikira 'advance' sikit bunyinya.. seludup senjata api. cakap pasal seludup senjata api neh, kepalanya merupakan sahabat sepermainan wie sendiri. aduhai, macam2 kan. wie cerita lain kali lah pasal isu neh. pastu, isu penagih dadah pun ada. sememangnya kesempitan hidup bukan menjadi alasan mereka untuk tidak terjebak dalam gejala tak sihat itu. sebaliknya mereka akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan apa saja bagi memenuhi keinginan mereka. itulah masalahnya. dan ahli keluarga lah yang menjadi mangsa, menanggung malu dan sanggup bersusah payah demi mereka yang tidak punya kesedaran diri ini. haih! tak tau lah wie nk ckp ape lg.

ape2pun, hidup di mana2 pun sama. semuanya adalah masalah tersendiri yang harus kita hadapi dan tanganinya dengan hati yang tabah dan akal yang bijak. oklah, sampai disini dulu penulisan di pagi ini, jam dah menunjukkan 0300.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!