Feed

~Hutang~

by Wiznie Marzuki on Wednesday, June 03, 2009, under

Apakah yang dimaksudkan dengan hutang? Hutang mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah wang dan lain-lain yang dipinjam daripada orang lain. Bila berbicara mengenai hutang, pasti timbul bermacam-macam perasaan dan gelodak dalam hati dan minda anda, bukan begitu? Bagi sesiapa yang berhutang tentulah ada merasainya dan bagi yang tidak berhutang pula bolehlah mereka menarik nafas lega. Tetapi, bagi yang berhutang dan tidak mempunyai apa-apa perasaan, maka mereka ini sememangnya tidak layak untuk berhutang. Kenapa saya berkata demikian? Mereka tidak mempunyai rasa malu atau rasa terdesak untuk memulangkan semula apa yang telah dipinjamnya itu. Mereka perlu sedar bahawa setiap apa yang mereka pinjam dulu, juga merupakan hak mereka yang memberi pinjaman. Maka, tidak sepatutnyalah mereka berasa teragak-agak untuk memulangkan atau yang paling teruk, langsung tidak mengendahkan dan masih boleh berpura-pura dan berlagak seolah-olah mereka ( penghutang) tidak meminjam apa-apa daripada si pemberi pinjaman (pemiutang).



Berhutang ada baik dan buruknya. Kita perlu melihat dari sudut kenapa kita perlu membuat sesuatu pinjaman. Adakah kerana kita benar-benar memerlukan pinjaman itu untuk membuat sesuatu yang penting dan kita juga telah berniat untuk membayarnya kembali, maka itu dibolehkan. Tetapi, jika kita meminjam hanya bagi tujuan keseronokkan dan tambahan pula kita berniat untuk tidak memulangkannya kembali, maka ini tidak dibenarkan. Kita harus pandai mencerminkan diri sendiri, ukur baju di badan sendiri. Adakah kita berkemampuan untuk menjelaskannya kembali dengan kadar segera atau mungkin mengambil sedikit masa. Itu terpulanglah kepada perjanjian antara penghutang dan pemiutang itu sendiri.


Hutang duit, ramai orang yang mempunyai masalah ini. Kita mudah untuk berhutang tapi kita liat untuk membayarnya semula. Ataupun, dalam sesetengah kes kita berhutang dan orang lain dah sanggup untuk tolong bayarkan bagi pihak anda, tapi anda pula yang tidak mengenang budi. Kenapa saya berkata demikian? Bagaimana untuk anda membalas budi orang yang telah menyelesaikan hutang anda itu? Pastinya sebelum dia bersetuju, anda dan dia telah merangka satu perjanjian. Amatlah jarang jika manusia yang melakukan suatu kebaikan tetapi tidak mengharapkan sebarang balasan.

Tetapi, dalam konteks kes saya ini, saya tidak mengharapkan sebarang balasan yang melampau ataupun sukar dibuat. Anda hanya perlu mengaku bahawasanya hutang itu adalah milik anda, bukan milik saya. Tetapi, anda masih tidak mahu mengaku, sebaliknya anda memberitahu kepada si pemiutang itu bahawasanya anda telah membayar hutang itu bagi pihak diri anda melalui saya. Jadi, anda menginginkan si pemiutang melihat saya ini sebagai si penghutang. Jumlah hutang ini bukanlah mencecah berpuluh ribu, ia hanyalah rm1600 sahaja. Terlebih dahulu saya telah menjelaskan rm400 bagi pihak anda, dan kini hanya tinggal rm1200 sahaja. Saya hanya mahu anda mengaku bahawasanya hutang itu milik anda. Tempoh hutang ini telah mencapai lebih daripada tempoh 1tahun. Pemiutang itu juga kadangkala menghantar mesej dan seolah-olah mendesak saya untuk membayar hutang tersebut,walhal telah saya jelaskan kepada dia bahawa ini adalah hutang anda. Saya juga mempunyai banyak tanggungan lain, selain daripada tugasan untuk membayar hutang awak yang tidak berkait langsung dengan saya.

Apalah salahnya jika anda meringankan mulut ataupun jari untuk memberitahu pemiutang tersebut bahawa hutang ini adalah milik awak. Saya tahu bagaimana keadaan kewangan anda. Saya ingin menolong anda menyelesaikan hutang tersebut,cuma saya minta kerjasama anda untuk menerangkan perkara sebenarnya kepada pemiutang itu. Tolonglah belajar cara untuk hormat orang lain, tahu bertimbang rasa dan cara berfikir tu biarlah matang. Fikirkanlah akibat daripada tindakan anda itu akan memburukkan nama saya kelak secara perlahan-lahan. Disini bukan kampung awak, ini kampung saya. Jika orang-orang disini mula bercakap bahawa saya ini suka berbohong, bukankah ini semua akan menjejaskan imej saya di mata mereka. Cubalah mengerti dan memahami situasi orang lain. Janganlah hanya berfikir untuk kesenangan diri sendiri dan meletakkan kesalahan diri ke atas orang lain.

Saya teramat berkecil hati dengan tindakan anda itu. Anda telah membuatkan saya jadi malu untuk berhadapan dengan pemiutang tersebut. Jika tidak kerana saya menghubungi anda di depan si pemiutang, tentu lah anda masih bersenang-lenang dan melupakan perkara ini kan. Dan selepas ini, seandainya saya membayar habis segala hutang anda kepada dia. Apakah tidak akan ada cakap-cakap belakang? Entahkan nanti timbul pula sangkaan orang ramai. "takkan lah baik sangat nak bayar hutang orang, entah-entah memang hutang dia sebenarnya, sebab itulah dia bayar kesemuanya". aduhai, jika kelak beginilah hal yang akan timbul, maka ini semua saya boleh katakan adalah disebabkan tindakan anda itu. Tetapi, saya amat berharap selepas hutang ini saya selesaikan nanti, hal-hal yang tidak saya inginkan ini, tidak akan timbul di kemudian hari. Saya juga harap semoga anda berubah menjadi insan yang tahu menjaga hati dan perasaan orang lain. Terima kasih.


13 comments for this entry:
  1. gravatar
    Lynda

    haish .. kerana hutang ada yg spi hilang kwn. bg lynda kaloboleh elakkan hutang tp kalo terpaksa, pastikan dijelaskan walau bagaimana cara sekalipun .. ;)

  2. gravatar
    WiWie

    hye lynda.. erm, itula psl.. jgnkan kawan yg hilang... saudara pun kadang2 ada yang xmengaku tau.. ini semua duit punya psl.. teruk kan.. apa2pun, semua benda yang kita buat perlulah secara berpada..jgn melampau..

    kalau kita amik hak orang, pulangkanlah semula.. cuba kite letak diri kita dlm tempat org tuh, apa kita rasa.. kan kan.. so, sama je.. kalau xnak org buat kita cmtu, so kite jgn wt kt org.. :)

  3. gravatar
    protonreda

    topik yng bagus....hutang2 smpai bila hehehe...hutang pelajran negeri tak bayar lagi hehehe...

  4. gravatar
    WiWie

    protonreda: hehe~ ckp psl hutang neh.. hutang study dulu pn xabih bayar lg.. iskk iskk..

  5. gravatar
    yan

    wie,
    apasal?
    hutang sapa yg ko kena setel ne???

  6. gravatar
    WiWie

    hi yan.. lama aku xjupe ko kan.. sorry ye.. anyway, psl hutang neh.. sebenarnya bukan aku punye.. saya tuh merujuk kpd mami.. hehe.. aku sakit hati sebab, mami balik rumah dlm keadaan menangis.. sape yg xsakit hati beb.. erm, xpela.. as time goes by, org tuh akn faham.. biarjela.. anyway, thanx yan for ur concern.. :)

  7. gravatar
    AbeYgPrihatin

    hutang i bila u nak bayar?

    -hutang nasi kukus..
    -hutang mee kg pek..
    -hutang KFC
    -hutang MacDonald

    -hutang apa lagi ek?
    Lalalalalaaa

  8. gravatar
    WiWie

    ohh.. masa neh la u nk minta semua yer.. xpe xpe.. lain kali, kalau masa saya nak makan.. sila beritahu saya.. "SILA BAYAR SENDIRI".. harap maklum.. saya xdop mood mano neh abe.. lamo doh mood xbapo nok molek.. so, tinggal lah lagi komen gini deh.. timekasih.. lalalalalalaa~

  9. gravatar
    TuRf 'n' PoWeR

    u owe me....one teh tarik...please jelaskan sebelum i hantar orang untuk pintu rumah u...hik hik hik

  10. gravatar
    WiWie

    sista.. ok beres.. no problem.. let's meet up! hehehe.. ;)

  11. gravatar
    AbeYangPrihatin

    SILA BAYAR SENDIRI??
    boleh..boleh.. bak mai duitnya.. nnti i pi bayar sendiri kat kaunter.. harharhar..

    u tak siram betul2 ker mood tu sampai x brapo nok molek? ish..ish..

  12. gravatar
    Ahmad Muzani Bin Abdul Jalil

    stakat ni soc takder hutang sape2..
    hutang kta,ghumah, takdak ag..

    elakkan la dr kita dr hutang2 yg tak sepatutnya

  13. gravatar
    TuRf 'n' PoWeR

    kenapa saya teringat pada orang2 itu bila baca entry yang ini ya??? hik hik hik

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!