Feed

~kenapa dia memilih jln ini~

by Wiznie Marzuki on Friday, May 15, 2009, under

Salam.

sebuah cerita:

pulang ke kampung baru2 ini, menyebabkan aku teringat kembali akan dirinya. seseorang yang pernah aku letakkan di sudut hati ku ini. seorang yang pernah aku bawakan dalam mimpi ku setiap malam pada suatu waktu dulu. ketika zaman persekolahan ku di negeri kelahiranku. kami tidak lah bertemu empat mata, namun secara tiba-tiba aku terfikir akan dia kerana adik lelaki ku telah menceritakan perihal dia berjumpa dengan si dia ini di kawasan rumahnya. adikku telah ke sana dengan tujuan untuk meninjau kuda2 yang dibeli oleh si dia.

aku tidak hairan lah jika dia ada di kampung halamannya ini. walaupun, dia telah mendirikan rumahtangga dan menetap di rantau panjang bersama keluarga isterinya itu. sebenarnya apa yang aku ingin menceritakan disini adalah mengenai 'kejayaan' yang diraihnya pada usia nya itu yang sebaya denganku. ya, dia memang berjaya. berjaya untuk mengubah nasib keluarganya itu. tapi, persoalannya berbaloi atau tidak kejayaan nya itu, jika bidang yang diceburinya itu boleh lah aku katakan sebagai bidang yang tak sepatutnya dia ceburi. sememangnya bagi diriku, kejayaan yang diraih olehnya kini tidak sedikit pun aku kagumi. kerana bidang perniagaan yang sedang dia ceburi kini adalah salah dari segi undang-undang.

beberapa tahun yang lepas ketika aku masih lagi menuntut di universiti, aku hairan melihatnya. kenapa? kerana apabila aku pulang ke kampung, pastinya aku terdengar bermacam jenis kenderaan yang dimiliki olehnya. sudah beberapa kali aku terserempak dengan dia yang menaiki kereta-kereta mewah. rasa ingin tahu ku pada ketika itu pastinya membuak. aku tidak sama sekali merasa cemburu, cuma aku ingin tahu apa yang dilakukan olehnya sehingga berjaya memiliki kenderaan2 mewah. kemudian, aku terdengar drp berita penduduk sekitar bahawa dia menceburi bidang perniagaan di rantau panjang. tetapi, tidak pula aku ketahui apakah sebenarnya jenis perniagaan yang dia sedang jalankan itu. tapi, tak mengapalah kerana apabila ditanya kepada dia sendiri pun, dia agak keberatan untuk memberitahu hal yang sebenar kepadaku. dia hanya menyatakan bahawa dia berniaga lembu dan kambing. baiklah, aku terima sahaja penjelasannya itu.

beberapa bulan berlalu, aku terdengar cerita dia ditangkap polis kerana menyeludup senjata api di sempadan negara. aku hanya beristighfar apabila mendengarnya. fikirku pada ketika itu, tidak hairanlah kenapa dan bagaimana dia boleh memiliki kekayaan dalam sekelip mata.

aku tidak salahkan dia pada awalnya, kerana bagi aku. setiap orang mempunyai dorongan yang tersendiri untuk berjaya. kami juga membesar bersama dan banyak aktiviti2 yang aku lakukan bersama dengannya apabila aku pulang ke kampung, kerana dia juga merupakan kawan baik kepada sepupu2 ku termasuk Yonna. dan sejak drp kecil lg, aku tau kemewahan yang ayah ku bawa pulang ke kampung sedikit sebanyak mempengaruhi orang utk berjaya juga. salah satu faktor kecil sahaja ye. byk lg faktor2 lain yang boleh mendorong dia untuk memperoleh kejayaan hasil drp usahanya sendiri. namun, bagi diriku seandainya ini jalan yang dia pilih dan ini hasil pendapatan yang akan dia bagi makan untuk keluarganya. maka, aku tidak merasa kagum sama sekali. dia tahu hukumnya, tapi dia tetap memilih untuk melakukannya juga.

tapi, penangkapan yang menyebabkan dia menetap sementara di penjara PengkalanChepa itu tidak lama kerana aku dapat tahu bahawa dia akhirnya dibebaskan. kerana apa aku tidak berapa pasti. jadi kini dia kembali semula ke pangkuan keluarga. masih dengan perniagaannya atau tidak, pun aku tak pasti. tapi, jika mengikut dakwaan dan cerita orang kampung. dia masih menjalankan bisnes yang sama. wallahu'alam.

dia yang dulu aku kenali, sebagai kawan yang baik. tp kini aku seperti tidak mengenalinya. kami juga memang tidak saling berhubung langsung seperti dulu. dan aku sendiri pun tidak ambil kesah pasal dia. sekembalinya aku ke KL, aku mendengar cerita drp kawan baik adikku, Fana. dia menceritakan kepadaku perihal adiknya yang memberitahu mengenai seseorang yang dikenali hebat dan ala-ala samseng di kampung ku dan dikenali sebagai A bukan nama sebenar. maaf, aku tidak mahu mendedahkan namanya disini. tp, sebaik sahaja namanya disebutkan. ya, aku akui aku agak terkejut kerana aku tidak menyangka tanggapan aku berubah sama sekali terhadapnya. sangkaan aku yang baik2 seakan hilang apabila ada cerita2 yang tidak enak didengar mengenai dia. terkenal kerana benda2 yang tidak elok neh, bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan bagi diriku. tapi, itu juga yang dia inginkan dalam hidupnya, maka apa lah yang mampu aku lakukan. semoga dia memperolehi kebahagiaan dan kejayaan yang dicari2 dan diidamkan selama ini dalam hidupnya.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!