Feed

~kini.. sampai bila?~

by Wiznie Marzuki on Saturday, May 30, 2009, under

Salam uols..
Sudah lama rasanya saya tak mencoretkan apa-apa kisah disini. Hajat dihati tidak kesampaian. Kata hati nak tinggal di KL sebab disini, pandangan saya lebih luas, langkah kaki juga lebih jauh, berbanding kehidupan saya di kampung, segalanya agak terbatas. Jangan salah anggap ye, bukan keluarga mengongkong kehidupan saya, cuma saya yang menghadkan diri untuk keluar bila berada di kampung. saya lebih gemar untuk berehat dan menziarah rumah-rumah saudara sahaja. itupun jika masih ada sisa kerajinan dalam diri saya ini. jika tidak, pastinya rumahku syurgaku sahaja yang menjadi tempat tumpuan istirehat saya setelah pulang daripada membeli barang-barang keperluan untuk kantin.
sekarang, saya banyak berulang-alik KB-KL, kadangkala menemani mami dan kadangkala hanya dia yang pulang ke KL atas permintaan papa saya semestinya. pada saat saya menulis cerita baru ini juga, semestinya saya sedang berada di KL, bukankah sekarang musim cuti sekolah. namun, tak bermakna kantin sekolah tutup. kantin sekolah saya masih dibuka untuk tempoh seminggu, kerana guru-guru ada melaksanakan kelas tambahan di musim cuti untuk para pelajar yang menjadi target UPSR. tapi, mami saya menyerahkan urusan penyediaan dan pengendalian makanan kepada orang kanannya di kantin. jadi, kami boleh mengambil kesempatan ini untuk pulang ke KL, inipun hanya untuk seminggu sahaja kerana pada minggu hadapan kami akan pulang semula ke kampung. ada perancangan lain oleh keluarga saya, tapi entah jadi entah tidak. jadi, saya tak mahu menceritakannya disini.
setakat ini saja lah berita terkini daripada saya. terima kasih.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!