Feed

~Selamat bertunang Yonna~

by Wiznie Marzuki on Thursday, May 14, 2009, under ,

Yonna + Apis

Yonna + Yonni


25Apr09- tarikh dimana sepupu kesayangan ku ini telah melangsungkan pertunangan bersama kekasih hatinya yang tersayang. sepupuku ini namanya Liyana, namun aku telah biasa memanggilnya Yonna sejak keluarnya novel Yonna Yonni hasil karya LiyanaAfieraMalik beberapa tahun yang lalu.. dan dia pula memanggilku Yonni. hehe. kami membesar bersama, sementelah pula kami sebaya. namun begitu, peluang kami untuk berjumpa hanyalah ketika aku dan keluargaku pulang ke kampung sahaja. maka peluang kami untuk bergurau senda dan beramah mesra adalah terhad. namun begitu, ianya tidak membataskan pergaulan kami dan tidak mengehadkan kasih sayang yang terbina antara kami sejak drp lahir sehingga kini.



Yonna



sememangnya banyak suka duka yang kami kongsi bersama meskipun kadangkala kami berjauhan. namun, kenangan2 yang terpatri serasanya bagaikan semalam baru saja ianya tercipta. terasa bagaikan semalam kami bermain kejar2, main masak2, mandi bersama, merempit bersama, tangkap ikan bersama, berkelah bersama, perang mercun bersama, mengorat bersama, tidur dan makan bersama dan bermacam lagi aktiviti2 yang kami lakukan bersama.. errmm.. kenangan2 itu takkan pernah luput drp ingatanku ini. sememangnya 25tahun dengannya merupakan kenangan2 yang terindah pernah ku miliki sepanjang hidupku bersama sepupu kesayangan ku ini. dan ku harapkan semoga tahun2 yang akan datang juga tidak akan memisahkan kami.. biarlah hubungan dan kemesraan ini kekal buat selama2nya...insyaAllah.

beberapa hari sebelum hari pertunangannya itu, sempat juga aku menemaninya membeli kelengkapan yang diinginkan untuk menjayakan majlisnya itu. dengan pelbagai kerenah nya yang aku hadapi, yang membuatkan aku tersenyum kembali apabila mengenangkannya. dengan usikan2 nakal di hari pertunangannya itu, membuat aku tersenyum sendiri ketika ini.

masih lagi aku ingati ketika dia berhadapan dengan masalah untuk meneruskan hubungan bersama tunangannya sekarang. dan aku cuba untuk memberi nasihat yang terbaik untuk mereka berdua. sememangnya aku perlu mendengar drp kedua2 belah pihak. walaupun, dalam hati aku, ada yang kurang berkenan dengan lelaki ini, namun aku relakan jua hubungan mereka. kerana aku dapati rasa kasih antara mereka berdua memang tidak dapat aku nafikan lagi. pun begitu, aku tetap berharap semoga lelaki ini boleh membahagiakan sepupu kesayanganku nan sorang ini. aku berdoa ke hadrat Ilahi agar terdetik di hatinya kelak untuk melakukan apa saja perubahan ke arah yang lebih baik berbanding sekarang.

Ya Allah, sesungguhnya, aku amat menyayangi dirinya. seandainya benar lelaki ini adalah jodoh yang telah Kau tetapkan untuknya maka kurniakanlah kebahagiaan buat mereka.. semoga mereka akhirnya akan ke jinjang pelamin dan berbahagia hingga ke akhir hayat bersama2 ahli keluarga yang tercinta. aminnn..


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!