Feed

~seorang kawan~

by Wiznie Marzuki on Thursday, May 14, 2009, under

Dia merupakan seorang perempuan yang berstatus isteri dan merupakan kawanku. dulu dia lain, sekarang dia lain. lalu apakah salahnya untuk melakukan perubahan? perubahan memang xsalah, malah amat digalakkan seandainya ia membawa kepada kebaikan. sekiranya ia lebih mejurus ke arah keburukan, maka elakkanlah. kerana hidup kita di dunia ini sememangnya betujuan mencari keredhaanNya.. mencari pahala.. lalu, mengapa pilihan salah yang berjaya menarik hati anda, duhai kawanku. aku ingin sekali menegurmu kerana aku adalah kawan mu, maka itu adalah sebahagian drp tanggungjawabku. tetapi seandainya teguran ku nanti menyakiti hatimu dan kau telah sediakan berjuta alasan bagi menepis teguranku, maka apalah dayaku lagi selain drp menadah tangan dan berdoa kehadratNya agar diberi kesedaran kedalam hatimu itu mengenai kesalahan yang telah kau lakukan dengan sengaja.

aku sedih bila menatap gambar2mu itu. tapi kini, kau telah dimiliki.. maka, tanggungjawab menegur itu seharusnya berada di tangan suami mu. tapi, aku dapat merasakan bahawa, kesalahan yang kau lakukan itu sendiri adalah merupakan kehendak suamimu sendiri sejak dia bergelar kekasihmu, tunanganmu dan kini suamimu. tiada apa lagi yang boleh aku katakan disini melainkan, ku doakan semoga kau bahagia dengan jalan yang kau pilih ini, dan semoga perubahan2 kelak yang akan kau lakukan adalah menjurus ke arah jalan yang diredhaiNya dan bukan sebaliknya. aminn..

P/s: ku mengharapkan dan ku berdoa bakal suami ku kelak akan merubah diriku.. kan membawa ku.. kan membimbingku ke arah jalan yang lurus dan bukan bersimpang-siur.. aku akan berusaha untuk berubah menjadi yang lebih baik berbanding hari ini. aminnn...


3 comments for this entry:
  1. gravatar
    Mr Ceriawan

    ”Tiada apa yg dapat kita lakukan melainkan berdoa kepadaNya..”

    -itu kata-kata yg sepatutnya kita lafazkan utk si DIA.. Tapi pada aku..KESILAPAN aku dulu dah merubah segalanya terhadap DIA hinggakan doa ku terhadap DIA pun tidak lagi seikhlas yg sepatutnya..
    Andaipun masih ada ruang utk DIA.. "Hahahahahaha.." itu saja jawapan yg mampu ku berikan sbb HANYA KAU SAJA YANG TAHU..

    ( kalau betul la ORANG ITU yg wie maksudkan )

  2. gravatar
    WiWie

    abe, kamu tidak pernah bergelar sahabat kepadanya.. agak kasar bunyinya bukan? maafkanku.. erm..ingin jua ku nyatakan disini, walaupun kami pernah bergelar sahabatnya dulu,namun kami juga bagaikan sudah tak mengenali siapakah dirinya yang kini..

    walau apapun tanggapan orang lain terhadap dirinya.. namun aku masih lg inginkan yang terbaik utk diri kawanku itu.. dia seorang manusia.. dia juga mahkluk Allah.. dia berhak atas segalanya.. InsyaAllah, seandainya diizinkan olehNya, maka sinaran kebenaran akan singgah dihatinya itu kelak.. aminnn.. :)

  3. gravatar
    Mr Ceriawan

    sememangnya aku tak pernah pun berkawan dgn DIA. Tapi aku pernah mengenali DIA walaupun bukan secara rapat.
    Hanya sbb mempercayai 2 org sahabat baik, aku melakukan satu KESILAPAN yg sepatutnya aku dapat elak dulu..

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!