Feed

~peristiwa di kedai~

by Wiznie Marzuki on Tuesday, June 02, 2009, under

melangkahnye saya ke pintu masuk 7eleven ss5.. kaki saya terus menghala ke belakang, tanpa menghiraukan org sekeliling.. lantas mengambil sebotol air ribena dan terus menuju ke kaunter pembayaran.. kaunter hadapanku, kelihatan seorang ibu dan 2org anak2 kecil.. ibu tersebut sedang mengheret tangan si anak yang sedang memegang segelas air slurpee.. si abang juga memegang air yang sama..

beberapa saat kemudian, gelas plastik itu tergelincir daripada tangannya lalu terjatuh ke lantai, maka bersepahlah lantai 7eleven tersebut.. saya lihat si ibu tadi dengan reaksi muka yang garang terus memarahi anaknya... "SEE"... dan raungan anaknya jelas kedengaran di seluruh pelosok kedai, setelah si ibu tadi menghadiahkan cubitan di lengan anaknya akibat daripada sebiji gelas muatan penuh air telah tergelincir daripada tangan anaknya.. tanpa menunggu lebih lama, dia lantas membayar kesemuanya, dan mengheret anaknya keluar daripada kedai tersebut..

telinga saya juga menangkap butiran percakapan sepasang suami isteri yang berdiri di belakang saya, menunggu giliran untuk membayar barang2 mereka..
"people nowadays ha, cant call themselves parents la, dunno how to take care of their children"

saya hanya mampu tersenyum dalam diam.. tidak mahu menyampuk, dikatakan penyibuk pula nanti.. jadi, saya terus melangkah keluar daripada kedai dan menuju ke arah kereta.. di ingatan saya, masih lagi terbayang situasi dalam kedai tadi, dan kata2 oleh pasangan suami isteri itu..

erm, boleh ke kita nak menghakimi seseorang yang kita tak kenal dengan hanya disebabkan.. dan dengan berpandukan suatu kejadian yang berlaku di depan mata kita sahaja? tak bolehkah kita berprasangka yang baik2? tapi, inilah manusia, tidak lepas daripada berprasangka buruk terhadap orang.. kenapa kita tak boleh menuturkan perkataan yang baik2 kepada orang2 sekeliling kita, kerana tanpa kita sedari kata2 kita juga merupakan suatu doa buat mereka. maka, berhati2lah dengan apa saja perkataan yang meluncur keluar daripada bibir kita neh..

dan apabila berfikir balik tentang kejadian td, saya membuat andaian saya sendiri.. mungkin dia sedang memikirkan masalah yang lain, lalu dengan tak sengaja telah memarahi anak2nya tanpa pertimbangan yang wajar.. ataupun, sememangnya anak2nye yang degil dan keras kepala, susah untuk mendengar dan menurut arahan si ibu td.. saya juga turut terfikir, kesian pula apabila melihatkan adik td yang tak sengaja telah menjatuhkan gelasnya.. apalah salahnya, seandainya si ibu td berlembut sedikit, memujuk si anak, membeli yang lain pula.. tp, kadang2 taleh juga selalu memanjakan anak2.. cuma kadangkala, kita kena jaga airmuka kita sendiri, di tempat yang ramai orang.. maka2 fikir2kanlah apa yang terbaik untuk anak2 kita..

pisau dan mentimun ditangan anda, samada anda mahu menghirisnya atau tidak, maka terpulanglah..


4 comments for this entry:
  1. gravatar
    TuRf 'n' PoWeR

    hurmm kalau berdasarkan cerita macam tuh...memang kalau jadi depan ayit pun, i will think the same thing...walaupun itu anak dia...dan masih kecil, jangan malukan dia di hadapan orang ramai....sometimes kita rasa macam tuh cara nak mengajar anak...but ia akan jadi backfired untuk kita jugak kan one day....

  2. gravatar
    WiWie

    erm, bile wie baca komen ayit kan.. "backfired to her back oneday.."

    kita hidup di dunia neh bagaikan roda.. tidak akan selalu berada di atas, kadangkala kita akan berada di bawah jugak kan.. mcm tu lah dgn hidup..

    what you give, you may be getting it back.. kita jgn lupa bahawa kita akan tua suatu hari nanti, dan tak mustahil seandainya anak2 kita kelak akn memperlakukan kita begitu juga suatu hari nanti..kan. wallahu'alam..

    thanx sis for the comment.. :)

  3. gravatar
    TuRf 'n' PoWeR

    yup...thats why kan...selalulah bermain dalam fikiran nih la kan....what u give, u get back....what goes round...comes round...wakakkaka apakah yang jadi padaku baru2 ini adalah salahku di masa dulu....huarghhh....wakakkaka

  4. gravatar
    WiWie

    alamak sis.. itu no comment lah.. wakakaka~ sabo je la..ape2 pun, hidup kena move forward kan.. hikss~

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!