Feed

~Salahkah saya? kata putus~

by Wiznie Marzuki on Tuesday, June 30, 2009, under

Assalamu'alaikum wrt wbt..

Saya terbaca satu artikel mengenai yang bertajuk Seni Kata Putus hari ini. (sila klik link jika ingin membacanya. terima kasih) Serentak dengan itu juga saya terfikir tentang sesuatu yang sedang saya alami. Kini, usia saya hampir mencecah suku abad. Seringkali usia begini di kalangan wanita dianggap sebagai usia yang matang dan sangat sesuai untuk mendirikan rumahtangga.


Namun, saya tidak berfikir yang demikian. Saya merasakan usia kematangan seseorang itu tidak boleh diukur hanya dengan pencapaian sesuatu angka atau pertambahan tahun-tahun. Saya yakin bahawa kematangan seseorang itu lebih berdasarkan sesuatu pengalaman yang dia miliki seiring dengan pertambahan usianya. Bagi saya, tahap kematangan seseorang adalah subjektif. Jadi, untuk mengatakan seseorang itu tidak lagi mempunyai calon pasangannya hanya kerana dia memilih adalah tidak benar. Soal menjejakkan kaki ke dalam dunia yang amat berbeza ini teramat memerlukan persediaan mental dan fizikal yang tinggi. Bukan sekadar cuci kaki dan menutup mata saja. Memilih teman hidup bukan seperti memilih ikan di pasar ye. Justeru itu, wanita berhak memilih untuk kebaikan dan kesejahteraan hidupnya kelak.


Baiklah, berbalik kepada artikel tadi.
Artikel tersebut menceritakan tentang seorang lelaki yang cuba untuk menerangkan kepada seorang perempuan bahawa dia masih belum bersedia untuk menerima sebarang komitmen di usia yang muda, sementelahan lagi sedang belajar. Justeru itu, dia berbincang dengan Ustaz AbuSaif tentang bagaimana seharusnya yang perlu dikatakan untuk menjelaskan kepada seseorang perempuan itu mengenai cara penolakan yang baik dan muktamad. Muktamad yakni tidak akan berlakunya lagi sebarang salah anggapan tentang pemberian harapan.


Maka, apabila saya membaca dan memahami cara untuk melakukan sesuatu penolakan tersebut. Saya mula terfikir dan teringat kembali, adakah tepat apa yang pernah saya lakukan dulu? Kenapa dia sering sahaja datang menagih sesuatu daripada saya yang tidak dapat saya berikan kepadanya? Adakah kata putus yang saya berikan kepada dia merupakan silap saya yang seolah-olah masih memberikan dia harapan? Oh tidak!!! Saya tidak berniat langsung untuk memberikan dia sebarang harapan. Kini saya tahu bahawa ianya adalah silap saya sendiri. Salah dalam melancarkan kata-kata yang mungkin membuatkan dia salah faham tentang maksud sebenar saya terhadapnya.


Sepatutnya saya lebih bertegas lagi dengan dia. Seharusnya saya memberi kata putus yang muktamad. Seperti yang disarankan oleh Ustaz AbuSaif didalam artikelnya. Tapi, yang meluncur keluar daripada bibir saya hanyalah, "Jangan ganggu saya" "Jangan lagi menghubungi saya" dan pelbagai lagi perkataan "Jangan" . Sesungguhnya, perkataan-perkataan ini hanya akan lebih mengundang perasaannya untuk lebih mengganggu diri saya dan mendekati emosi saya. Lalu, apa yang boleh saya katakan adalah; "Ya, memang saya yang bersalah kerana tidak menyatakan pendirian saya yang sebenar-benarnya kepada dia".


Tapi, kini mungkin dia dah mula memahami akan kehendak dan pendirian saya. Dia berhenti daripada terus-menerus menghubungi saya. Terima kasih kepada dia seandainya benar telahan saya ini.


10 comments for this entry:
  1. gravatar
    - eina natalie-

    yup.. setuju dgn wie.. org kata.. biar lambat.. asal selamat.. =p

  2. gravatar
    WiWie

    hehe~ yes dear.. i hear u.. *wink*

  3. gravatar
    AbeYangPrihatin

    satu soalan utk anda berdua..

    ADAKAH KITA TAHU BILA MASANYA KITA BOLEH DIANGGAP MATANG?

  4. gravatar
    WiWie

    abe. sy dh malas nk mjwb soalan abe berkaitan matang.. sy xleh nk kata matang tuh bile.. itu pndgn sy sdiri.. abe nk jwpn yg btul.. abe tny diri sndiri.. itu je.. ok..

  5. gravatar
    Mr Ceriawan

    hmm.. at least wie dh ada jawapan. abe sendiri pun tak akui sgt diri dh matang. mungkin dari sudut umur abe lebih matang dari wie. tp kena akui, tak semua perkara yg abe buat lebih matang dari wie.

    setiap keputusan yg kita buat dh tentu ada pro dan kontra nya.. betul pndgn kita belum tentu sama dgn pndgn org lain. kita anggap betul skrg belum tentu akan datang kita terus setuju dgn keputusan kita tu..

    Life goes on.. no matter its goes wrong

  6. gravatar
    WiWie

    Saya tak kata pulak jawapan saya tu untuk jangka masa panjang atau pendek kan. Seiring dengan masa, kita belajar apa itu erti kehidupan. Jika kita buka mata, jika kita buka hati. Saya xkata selamanya pandangan saya mengenai kematangan itu benar.

  7. gravatar
    - eina natalie-

    errr... nak mencelah jap... :D
    mmg kita susah nk tahu bila masanya kita matang.. sbb, kdg2 kita fikir kita dah matang dlm segala hal.. tp, masih melakukan keputusan yg ala2 kebudak2an..
    so, x de la sampai nk tunggu betul2 matang baru nk fikir soal jodoh ni especially.. cuma, eina & wie (err.. maybe..) blom jupe mr right tu lagik.. nk hidup dgn dia bkn setahun dua je.. so, kena la cari yg terbaik.. dan mmg itu lah orgnya yg Allah jodohkan buat kita...

    wahahahaa... panjangnya hujahan eina.. =p

  8. gravatar
    Mr Ceriawan

    bagus gak korang berdua ni.. ada gak kematangan dalam mengeluarkan pendapat. :)

  9. gravatar
    oghe kampong

    ai.. matang? bg ambo ada beberapa mksud..
    matang dri umur, matang dari pemikiran..
    x semestinye matang dri segi umur, pmikiran pun matng kan..
    pmikiran mtang tu mgkin lmbat jika kta duk dlam 1 kelompok je.. bergaul dgn kwn yg sma je..
    klu kta brgaul dgn sme golongan mgkin kta lg cpat matang..
    kta tau cra org lain brfkir, berckap, bergaul, bri pndangan..
    jd klu nk tau kta mtang atua x..
    kta bleh bergaul dgn suma golongan.. xkira la, bdak seklh ke, ibu2 ke, bapa2 ke, dato'2 ke, pkerja bwah kte ke...

  10. gravatar
    WiWie

    oghe kampong:
    Salam. ohh, matang dr segi pergaulan ye..mmg itu pn kategori matang jgk kn. betul3!thanx for ur opinion. =)

    tp, yg pasti, sy xtmasuk dlm golongan itu lg.. sbb rs nya sy neh duk terperuk kt umah je byk.. xg mane2.. hehehe~

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!