Feed

~Transformers II: Revenge of the Fallen~

by Wiznie Marzuki on Monday, June 29, 2009, under



venue: Summit USJ

with: Aya, Fana n Anthony

time: 0055 hrs

date: 28 Jun 09


Salam..
Akhirnya, tercapai juga hasrat saya menonton filem ini. Daripada pukul 1-330 pagi.. perghhh! Terima kasih Anthony. (hehe~ sangat baik hati lah awak ni.) Kami memang telah sedaya upaya mencuba untuk membeli tiket wayang ini, tapi tidak juga berjaya. Bila awak menawarkannya, kami bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal sahaja jadinya, terus menerima tanpa sebarang soal. Sangat teruja nak menonton, menyebabkan kami keluar lebih awal dari rumah ke sana iaitu pada jam 1030 mlm.


Filem ini sangat seronok untuk ditonton oleh sesiapa sahaja. Apatah lagi, peminat Transformers kan. Sepanjang filem ini ditayangkan, mata dan minda saya agak penat kerana bagi saya, terlalu banyak yang hendak diceritakan menyebabkan filem ini agak penuh. Maksud saya, tidak terdapat banyak adegan santai didalamnya. Hanyalah penuh dengan aksi. ye lah kan, sebab ini memang filem aksi pun kan. Banyak aksi yang mendebarkan menyebabkan kita tertanya-tanya apa yang akan berlaku selepas ini. Dan, sama sekali tidak akan membenarkan kita tidur sewaktu menontonnya. Tetapi, saya agak kecewa dengan cara ia memperlihatkan kepada kita aksi-aksi 'transform' semua kereta terbabit. Ianya agak tak best sebab ia bagaikan terlalu hampir dengan kamera menyebabkan proses itu tidak dapat dinikmati dan diperhatikan lebih terperinci lagi. Kalau boleh selaju yang mungkin mereka akan buat proses itu. Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan filem ini, tak rugi untuk menontonnya di pawagam. Jadi, silakan lah ye. Selamat menikmati tayangan filem ini di panggung berdekatan anda. 4/5bintang untuk filem ini.



1 comment for this entry:
  1. gravatar
    WiWie

    erm.. try komen cket.. :D

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!