Feed

~tujuan blog~

by Wiznie Marzuki on Saturday, June 20, 2009, under


Assalamu'alaikum wrt wbt..

Jam di komputer riba saya menunjukkan pukul 11.20 malam. Sebentar tadi, saya telah berkunjung ke sebuah blog yang membuatkan saya berfikir, berfikir tentang matlamat dan tujuan penulisan blog saya. Dahulu, blog saya hanyalah sekadar diari harian dan sehingga kini ia masih merupakan diari harian dan perjalanan hidup saya. Suka duka, pahit getir, semuanya saya muatkan di sini. Saya tidak bermaksud untuk membuka pekung di dada dengan luahan isi hati saya di dalam ini, tetapi sebaliknya. Bagi saya, blog adalah suatu tempat di mana saya boleh menyampaikan sesuatu yang mungkin boleh dikongsi dan dijadikan pengajaran buat sesiapa jua yang membacanya. Oleh itu, saya memilih medium blog ini sebagai tempat untuk saya mengekspresikan luahan minda saya yang tidak dapat saya luahkan di tempat-tempat lain.



Saya meminta maaf seandainya sepanjang saya berkecimpung dalam dunia blog ini, saya ada terkasar bahasa dan barangkali menyinggung perasaan sesiapa. Sesungguhnya saya hanya menyampaikan apa yang benar sahaja. Sekiranya masih ada yang terasa, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Tidak terniat di hati saya untuk menyakiti hati sesiapa pun baik melalui penulisan saya mahupun melalui apa sahaja di dalam dunia maya ini.


Ada ketika saya rasa saya sudah terpesong daripada matlamat saya untuk menulis blog. Ada ketika saya merasakan bahawa saya mempunyai hak untuk menulis apa jua yang saya mahu. Bergantung kepada tujuan sesebuah blog itu didirikan. Bukankah penulis mempunyai hak untuk menulis apa sahaja yang dirasakannya perlu, mungkin tidak bagi orang lain tapi mungkin ya bagi dirinya. Maka, bagi saya penulisan blog adalah sesuatu yang sangat subjektif. Ia boleh dijadikan sebagai tempat untuk menyampaikan ilmu, diari seharian, politik, makanan dan apa saja yang bergantung kepada jenis-jenis blog yang ingin seseorang itu ketengahkan.


Begitu juga dengan blog saya ini. Blog ini menyimpan 1001 kenangan dan ilmu yang saya kepilkan buat tatapan saya kemudian hari dan mungkin buat sahabat-sahabat yang saya kasihi di dalam dunia maya ini. Saya tahu saya mempunyai banyak kekurangan daripada segi penyampaian dan perkongsian dalam ber'blogging' ini. Namun, saya cuba untuk memperbaikinya dari masa ke semasa. InsyaAllah, doakan semoga usaha saya berhasil.



Walau apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada blogger yang telah membuatkan jari saya menari-nari di atas papan kekunci ini pada malam ini. Sebenarnya telah banyak artikel-artikel yang saya amati mengenai isu ini, tetapi dia telah berjaya membuatkan saya tergerak hati menjelaskan sesuatu untuk diri saya sendiri dan sekaligus menyedarkan saya tentang tujuan saya menulis blog ini yang sebenar. Dia telah berjaya membawa saya kembali ke alam nyata. Kerana saya ingin menjadi diri saya yang dulu, menulis kerana diri saya sendiri dan bukan kerana orang lain. Itulah tujuan saya menulis dan mungkin ianya boleh menghiburkan orang lain, menjadi pengajaran buat orang lain dan berkongsi ilmu bersama orang lain juga. Maka, izinkan saya berbuat demikian. Ampun dan maaf sekali lagi dipinta.



Terima kasih.


2 comments for this entry:
  1. gravatar
    en_me

    blog vukanlarr hakmilik kekalls.. enjoy it while it lasts.. ehehe, salamm wiwie ittewww

  2. gravatar
    WiWie

    ye terimakasih en_me.. saya tau ittew.. melainkan sy nk tukar domain sy.. then,it'll be mine la kan.. hehehe.

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!