Feed

~Al-Fatihah: Marwa Al-Sherbini~

by Wiznie Marzuki on Friday, July 10, 2009, under ,





Kembalinya adik saya ke rumah td, dia telah memaklumkan kepada saya tentang sebuah kes yang terjadi di German pada 1 Julai 2009. Sesungguhnya saya amat terkejut apabila mendengar dan membaca berita yang teramat menyayat hati ini iaitu perlakuan kejam yang telah mengorbankan nyawa saudara seIslam kita di dalam sebuah mahkamah.


wikipedia: Marwa Al-Sherbini ( klik nama beliau. Anda juga boleh google, untuk mengetahui mengenai kes ini dengan lebih lanjut.)



Daripada video diatas, saya ringkaskan:

"Marwa al-Sherbini yang merupakan seorang muslimah bertudung dihampiri oleh seorang lelaki German. Lelaki tersebut memaki beliau dengan mengatakan Marwa adalah seorang terrorist (pengganas) kerana beliau bertudung. Marwa dengan sokongan suami telah pun memfailkan saman ke atas lelaki tersebut. Di mahkamah, hakim menjatuhkan denda kepada lelaki German itu, namun kerana tidak puas hati, lelaki itu menghampiri Marwa dan menikamnya sebanyak 18 tikaman. Suami Marwa cuba membantu, namun dia juga telah ditikam sebanyak 3 kali dan telah ditembak oleh polis; kini sedang berada dalam keadaan kritikal. Manakala Marwa menghembuskan nafas terakhir di situ bersama anak yang sedang dikandungnya yang berusia 3bulan. Beliau juga meninggalkan suami dan seorang anak lelaki yang berusia 3tahun. Lelaki German itu tidak mengalami apa-apa luka pun dan kes ini hanya didiamkan saja oleh media antarabangsa khususnya media Barat...."

Apabila kita menyebut mahkamah, bukankah itu tempat di mana kita layak diberi pengadilan yang sewajarnya; bukan tempat di mana berlakunya perkara-perkara kejam sebegini.

Persoalannya ialah:

Bagaimana lelaki German itu boleh menikam beliau dengan 18 tikaman? Tidak masuk dek akal bukan? Bukankah terdapat ramai lagi orang disitu? Bagaimana mungkin 18 tikaman itu terjadi tanpa sebarang sekatan oleh pihak lain? Adakah mereka ini buta atau sengaja membutakan mata mereka? 18 tikaman hanya boleh terjadi dalam tempoh masa yang agak lama. Bukan dalam beberapa saat. Sedangkan suami beliau yang cuba untuk menyelamatkan beliau juga turut ditikam malah telah disalah anggap oleh pihak polis dan ditembak.




Sesungguhnya pihak Barat tidak akan pernah berhenti daripada menyeksa umat Islam. Mereka juga teramat berat sebelah jika dalam hal yang berkaitan agama. Walhal, kebanyakkan kes-kes yang berlaku bukanlah disebabkan kesalahan oleh pihak Islam, namun mereka tetap jua menyalahkan pihak Islam dan seboleh-bolehnya hanya mendiamkan diri sahaja. Mereka tidak akan pernah mahu menyiarkan apatah lagi menyebarkan secara meluas tentang kesalahan mereka. Lalu, di manakah keadilan?

Sesungguhnya perilaku yang kejam ini tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah mahkamah. Jika hal-hal begini terjadi lagi, mana mungkin kita akan percaya kepada institusi mahkamah.

Semoga Allahyarhamah Marwa Al-Sherbini ditempatkan di kalangan para mukminin. Al-Fatihah untuk beliau dan anaknya.

wallahu'alam.



3 comments for this entry:
  1. gravatar
    Mrs Ceriawan

    Al Fatihah..kejamnya dorang ni kat orang Islam..moga ada balasan tuk mereka...

  2. gravatar
    nss (",)

    Al-fatihah..

    hermm sadis tragedi ni..=(

  3. gravatar
    WiWie

    sememangnya, kalau sebelah pihak mereka, propaganda bukan main hebat lg.. tp, bila melibatkan pihak Islam yang teraniaya, senyap sunyi mcm tikus takut kucing je... *sigh* menci tul!

    semoga awrwah tenang disana.. aminn..

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!