Feed

~Bersyukurlah jika anda seorang Muslimah~

by Wiznie Marzuki on Sunday, July 05, 2009, under ,








Dunia kini yang penuh dengan dugaan dan pancaroba di sekeliling kita, seringkali membuatkan kita lalai dan alpa dengan tujuan sebenar kita hidup di muka bumi ALLAH ini. Kadangkala, jika kita ke surau atau ke sebarang tempat yang menyediakan ceramah Agama, ketika itu kita akan rasa dan kita akan menikmati indahnya hidup ini jika kita menjalani kehidupan sebenar sebagai muslimah sejati.




Lihatlah di seluruh dunia, bagaimana mereka menakluk wanita, memperhambakan wanita dan mengeksploitasi wanita. Tidakkah kita terfikir bahawa betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia ini yang masih lagi aman dan tenteram. Fikirlah! Sedangkan di luar sana, saudara-saudara kita sedang dianiaya oleh mereka-mereka yang zalim. Bersyukurlah wahai teman-temanku. Sesungguhnya peluang kita masih ada untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik daripada sekarang. Peringatan ini juga adalah untuk diri saya sendiri.

Jika kamu merasakan bahawa terdapat banyak musibah dan ketidaksempurnaan di dalam hidup kamu kini. Maka, ingatlah bahawa segala sesuatu yang menimpa kamu saat berjuang di jalan NYA, merupakan penebus dosa kamu atas izinNYA.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Apabila seorang wanita berbakti kepada suaminya, mengerjakan solat lima waktu, dan memelihara kehormatannya, nescaya ia akan memasuki syurga Tuhannya. (Hadith riwayat Ahmad)


Kesemua ini merupakan perkara yang mudah, yang saya percaya kita semua sentiasa menjaganya. Teruskanlah dengan amalan-amalan mulia ini. Sentiasalah berpegang kepada peninggalan daripada Baginda iaitu Al-Qur'an dan Sunnah, nescaya dirimu akan menjadi seorang muslimah sejati.

Bukan emas permata yang mencantikkan kamu, melainkan yang mencantikkan kamu adalah akhlak kamu sendiri.


Terima kasih. Wallahu'alam.senyum


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!