Feed

~Drag me to hell~

by Wiznie Marzuki on Wednesday, July 01, 2009, under



Salam.


Pada minggu pertama filem ini ditayangkan di pawagam, adik saya telah mengajak saya menontonnya. Tambahan pula dia menceritakan serba sedikit sinopsis tentang filem ini dan membuatkan saya memberi persetujuan untuk menemaninya bersama Fana di pawagam.


Filem ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang bekerja sebagai pegawai bank yang mengendalikan pinjaman. Dia telah cuba sedaya upaya dan bekerja keras untuk membolehkan dia dinaikkan pangkat sebagai Pen Pengurus Bank. Lalu, pada suatu hari terdapat seorang nenek yang datang menemuinya untuk meminta jasa baik dia bagi memanjangkan tempoh masa pembayaran pinjaman yang telah dilakukannya. Dia terpaksa membuat keputusan yang betul, samada ingin menolong nenek tersebut atau tidak. Keputusannya adalah tidak. Secara tidak sengaja, dia telah memalukan nenek itu di hadapan orang ramai di dalam bank yang menyebabkan nenek itu mahu membalas dendam terhadapnya dan telah mengenakan sumpahan ke atas perempuan tersebut. Kemudian bermulalah episod-episod ngeri dalam hidupnya. Sumpahan "Lamia" yang dikenakan ke atasnya telah membawa maut kepada sesiapa saja sebelum ini. Adakah dia berjaya melepaskan diri dengan segala cubaan dan ikhtiar yang dia lakukan?


Filem ini, dimulakan dengan kisah seorang budak lelaki yang turut menerima sumpahan ini dan telah mati disebabkan sumpahan itu. Pada mulanya, saya juga menyangkakan wanita itu akan terlepas dengan sumpahan tersebut, disebabkan pelbagai cara yang telah dilakukannya. Tetapi, ternyata sangkaan saya amat meleset sekali, apabila di akhir cerita ini dia telah menemui mautnya sendiri di landasan keretapi.


Oleh kerana filem ini adalah hasil ciptaan barat, maka telah saya jangkakan elemen terkejut, seram, dan pastinya jijik apabila ia berkaitan dengan apa saja jenis pembunuhan dan sumpahan. Sepanjang saya menonton filem ini, saya tak menafikan saya suka jalan ceritanya, mudah difahami. Tetapi, bagi sesiapa yang tidak menggemari adegan jijik dan geli dengan muntah dan sebagainya, maka saya tidak mengesyorkan filem ini kepada anda. Secara jujurnya, saya terasa ingin muntah apabila tiba ke babak-babak jijik yang banyak terdapat di dalamnya. Aduhai! Sabar je la.. Tetapi, pada keseluruhannya filem ini berjaya menarik perhatian saya menontonnya. 2.5 /5 bintang untuk filem ini.


p/s: Filem ini bolehlah sekadar memberikan gambaran kepada kita, dimana-mana saja pelosok dunia kini, masih ada sumpahan-sumpahan dan ilmu hitam atau sihir yang masih lagi dipercayai oleh sesetengah pihak dan menjadi ikutan mereka dengan bertujuan untuk melepaskan dendam kepada sesiapa yang mereka benci.


Kita sebagai umat Islam, tidak seharusnya mengikuti ajaran-ajaran begini. Kita perlu mempercayainya dari segi kewujudannya tetapi jangan sampai kita terjebak dan terjerumus di dalam perkara-perkara sebegini.


6 comments for this entry:
  1. gravatar
    StRaTo7

    StRaT tgk movie ni last 2 weeks x silap,mmg sengal giler tgk gelagat tgk nenek tu,tp bg StRaT genre movie horror ni dah bese,x takut langsung! HaHaHa! Wlpn gurl2 kat sblh kiri n kanan bagai nag gila menjerit,StRaT duk gelak2 lagi,HaHaHa!

  2. gravatar
    WiWie

    yesss, definitely!! u got what i mean! hehe~ mmg sengal giler kan.. part jijik tuh yg xtahan.. nenek tuh.. ishhh!!! kalu ade sape2 yg bawa mknn masuk pwgam.. gerenti xleh nk telan! hahahahaa~

  3. gravatar
    Lynda

    tak sanggup tgk citer2 cmnih .. sy ni penakut .. hehe

  4. gravatar
    WiWie

    lynda.. alahai,tak takut pun cerita neh.. still bley tgk lg.. cuma kalau xtahan geli jijik je la,tayah tgk.. hehehe ;)

  5. gravatar
    kimmy

    tp kimmy ttp anti dgn makcik tu..benciiiiiiiiiiii..dia jaat! sian christine kan?

  6. gravatar
    WiWie

    hahaha~ kimmy neh.. menci tul dgn nenek tuh yer..a'ah sian christine.. dh smpi tahap gali kubur nenek tu pn, still nasib xmnyebelahi dia.. adeihhh~

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!