Feed

~Hati dan AirMata~

by Wiznie Marzuki on Tuesday, July 14, 2009, under ,








Tidakkah kamu melihat bahawa apabila malam hari ini telah sempurna kegelapannya, maka pasti akan datang kecerahan bila tiba keesokkan harinya.


Setiap hari kita disogokkan dengan pelbagai cerita dan di dalamnya terkandung pelbagai emosi. Samada sedih, gembira, menyakitkan hati, marah, dendam dan macam-macam lagi yang disajikan kepada kita. Di sini, kita boleh melihat, menyelidik dan mentafsir apa sahaja yang boleh kita ambil untuk dijadikan sebagai pengajaran dan apa yang kita boleh hindar untuk dijadikan sebagai pedoman di masa akan datang.


Setiap orang pernah melalui pelbagai jenis musibah dan bencana. Setiap orang juga tidak pernah meminta untuk ditimpa sebarang keburukan. Setiap daripada kita, sentiasa menginginkan kebahagiaan. Sehinggakan kadangkala kita terlupa bahawa dengan datangnya musibah-musibah inilah, akan lahirnya kebahagiaan pada hari esok.

Janganlah kita terlalu menoleh ke belakang, kerana ianya akan mendatangkan kemusnahan kepada kita. Tetapi, jangan pula kita asyik memandang ke hadapan, kerana barangkali kita terlupa akan sejarah dahulu yang mungkin bermakna buat diri kita.

Allah S.W.T berfirman:
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?... (Surah Al-Baqarah: Ayat 214)


Oleh itu, rendahkanlah nada kesedihan kamu dan usaplah air mata di pipi mu itu. Kerana, bukan hanya anda yang pertama terkena racun dunia, dan musibah itu sendiri bukan yang pertama terjadi dan terakam dalam daftar musibah dan penderitaan.

Wallahu'alam.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!