Feed

~The last house on the left~

by Wiznie Marzuki on Monday, July 06, 2009, under






venue: GSC OneUtama
with: Aya n Fana
date: 5July09
time: 1700 hrs

If bad people hurt someone you love, how far would you go to hurt them back?






The answer is very, very and very far!!!

Persoalannya ialah:
Apakah yang telah mereka lakukan sehingga membuat kamu sanggup melakukannya?
Adakah kamu sanggup melakukannya dan membalas dendam kembali?
Adakah kamu rasa ianya berbaloi?



Jawapannya ada dalam filem ini. Dan kamu harus ingat, ianya sekadar dan hanya sebuah filem! Tidak lebih daripada itu.

Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang pulang bercuti di kediaman lama mereka. Rumah mereka terletak di pedalaman dan berdekatan sebuah tasik. Satu-satunya rumah mereka yang terperosok jauh daripada pekan dan orang ramai. Mereka baru sahaha kehilangan anak sulung lelaki mereka dan yang tinggal kini hanyalah anak perempuan bongsu mereka yang pandai berenang.

Setibanya mereka di rumah tersebut dan selepas mereka siap mengemaskan barang, anak perempuan mereka telah meminta izin untuk keluar sebentar ke pekan. Dia mahu berjumpa dengan rakan lamanya. Episod ngeri hidup kedua-dua perempuan ini bermula apabila mereka telah menerima ajakan seorang lelaki ke bilik hotelnya bagi mendapatkan bekalan dadah. Kepulangan ayah, pakcik dan teman wanita mereka ke bilik tersebut telah membuatkan kedua-dua perempuan ini menyesal kerana telah mengikut lelaki itu pulang ke hotel tersebut. Adegan-adegan berikutnya merupakan penyeksaan terhadap kedua-dua budak perempuan itu. Salah seorang daripada mereka mati dan seorang lagi berjaya lari dan selamatkan diri tetapi akhirnya berjaya ditembak ketika berenang ke tasik yang berdekatan dengan rumahnya sendiri.

Pada mulanya, saya sangkakan bahawa yang akan membalas dendam adalah perempuan itu sendiri tetapi sebaik sahaja melihat kunjungan penjenayah-penjenayah tersebut ke rumah perempuan tersebut, maka tahulah saya bahawa ibubapanya telah nekad untuk membalas dendam ke atas apa yang mereka telah lakukan terhadap anak perempuan mereka.

Filem ini adalah sebuah filem seram dan agak tegang sewaktu menontonnya. Saya dapat merasakan ketegangan tersebut tatkala semua orang di sekeliling saya mendiamkan diri masing-masing untuk memberi tumpuan dan hanya menanti apa yang akan berlaku seterusnya. Jalan cerita filem ini agak baik, kita mampu memahaminya dengan mudah sekali. Apapun, yang paling seronok sekali adalah perasaan dan emosi kita sewaktu menonton filem ini. Walaupun semasa filem ini sedang berlangsung, saya dapat merasakan betapa kita semua sanggup melakukan apa sahaja yang kita mampu atau mungkin melepasi tahap yang kita sendiri fikir kita mampu untuk melakukannya demi orang yang kita sayang. Sebagai seorang perempuan, saya agak terbawa-bawa dengan emosi sehingga filem ini habis ditonton. Filem ini akan membuatkan kita semua membenarkan dan menggalakkan ibubapa perempuan tersebut untuk bertindak kejam samada setara atau lebih lagi di atas hasil perbuatan dan perilaku kejam mereka terhadap kedua-dua budak perempuan itu.

Sesungguhnya jawapan untuk persoalan di atas ialah: sesuatu perbuatan yangtidak berperikemanusiaan telah membawa anda ke suatu tempat di mana anda sendiri tidak akan menyangka bahawa di situ merupakan penamat kisah hidup anda, dan betapa kita sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga dan melindungi mereka yang kita sayang. Pada ketika itu, kita akan merasakan apa sahaja yang kita lakukan berbaloi di dalam keadaan terpaksa dan di samping itu ianya bertujuan untuk menyelamatkan diri kita juga.



0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!