Feed

~menghitung nikmat dariNYA~

by Wiznie Marzuki on Thursday, July 23, 2009, under





Sesungguhnya aku benar-benar berharap kepada NYA dengan kesabaran yang baik, seakan-akan aku dapat melihat apa saja yang telah dikurniakan oleh NYA kepadaku


Bila sang matahari mula keluar daripada tempatnya dan menyinari segenap alam ini, pagi mula menjelma. Tibanya waktu pagi itu memberi harapan kepada segenap mahkluk-makhluk ciptaanNYA. Bertebaranlah mereka mencari rezeki di atas dunia ini. Pagi itu juga turut menyapa bukan sahaja golongan yang bernasib baik malahan yang kurang bernasib baik. Ingatlah ia menyapa orang-orang lain yang kelaparan sedangkan kita disini kekenyangan. Masih boleh menikmati hidangan yang enak-enak berbanding mereka. Ingatlah ia juga menyapa ramai orang yang tertahan sedangkan kita bebas melangkah ke mana saja yang kita inginkan. Ianya turut menyapa orang-orang yang ditimpa musibah semalam sedangkan kita disini bahagia dan selamat di negara tercinta ini.




Fikirkanlah dan telitilah, berapa banyak air mata yang berlinangan di pipi seorang wanita yang kemungkinan ditimpa musibah yang tidak henti kunjung tiba di dalam hidupnya. Seandainya kita masih lagi mampu untuk bergembira dan tersenyum, maka nikmat mana DIA berikan yang engkau dustakan? Maka, pujilah ALLAH dan ucapkanlah Alhamdulillah di atas segala nikmat kasih sayang yang dikurniakan olehNYA buat kita. Hanya 1% sahaja kasih sayang yang diturunkan olehNYA di muka bumi ini, dan dengan 1% itu jugalah kita berkasih sayang sesama insan dan begitu juga makhluk-makhlukNYA yang lain. Fikirkanlah, bahawa nikmat kasih sayang yang selebihnya itu tidak dapat menandingi kasih sayang sesama insan yang selama ini kita sohorkan. Seandainya kita tidak menghargai dan bersungguh-sungguh bersyukur di atas semua ini.

Tenangkanlah diri mu itu. Duduk sebentar dan hitunglah segala nikmat dan kurniaan yang kamu miliki kini, tidak lain tidak bukan hanyalah daripadaNYA. Sesungguhnya tidak terhitung nikmat-nikmat yang dikurniakan NYA. Maka, bersyukurlah dan ukirkanlah senyuman di bibirmu itu. Jalanilah hidup yang bahagia dan dengan hati yang terhibur.

Berpegang teguhlah pada apa yang AKU berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur.


4 comments for this entry:
  1. gravatar
    nss (",)

    salam wie..suke la bc entry2 wie nih..cume k'nrl x berkesempatan nak bc semer..

    kalau nak hitung nikmat dari-Nya rasanya x termampu kan?secara sedar atau pon tak,terlalu banyak nikmat yg DIA bagi berbanding ngan amalan yg kita buat kan...=( sob...sob..

  2. gravatar
    WiWie

    wa'alaikumussalam k'nurul..
    Alhamdulillah, saje je cuba menulis sesuatu yang saya inginkan selama ini. jemputlah baca lg.. boleh la akk bg pandangan sedikit sebanyak. wie pun bukan pandai sgt pun.. jom lah kita berkongsi ilmu.. :)

    iye, betul tuh kak. tak terbanding rasanya dengan semua amalan kita yang xseberapa ini... :( namun, kita tetap harus bersyukur dan ikhlas dalam segalanya. InsyaAllah, DIA tak akan memungkiri janji.

  3. gravatar
    zackzulkafli

    salam..
    post yg sangat bermanfaat, sememangya nikmat ALLAH tidk dpt dihitung dek kita..
    ibarat lautan yg terbentang luas..
    semoga kita dpt mendidik diri utk mensyukuri nikmat pemberiannNYA ..

    Kalo berkesempatan silalah dtg ke blog sy, ad tag utk awk..hrp sudi utk menjwab..;)

  4. gravatar
    WiWie

    wa'alaikumussalam en Zack..

    terima kasih atas komen anda.. :)
    saya dah balas tag.. thanx jgk.

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!