Feed

~Obsessed~

by Wiznie Marzuki on Thursday, July 02, 2009, under


Salam.


Filem Obsessed ini telah lama disiarkan di pawagam. Tetapi, saya masih belum berkongsi disini tentang filem yang telah saya tonton itu. Filem ini adalah berkisar tentang sepasang suami isteri yang telah terganggu kehidupan mereka disebabkan oleh seorang perempuan yang telah menjadi obses terhadap si suami.


Filem ini dimulakan dengan adegan mesra sebuah keluarga yang bahagia, si suami yang baru sahaja dinaikkan pangkat dan bertugas di tempat yang baru. Setibanya di pejabat pada hari pertama dia bekerja, secara tidak sengaja telah berkenalan dengan seorang pekerja pelatih / sementara. Kemudian, bermulanya episod mimpi ngeri buat si suami apabila pekerja tersebut telah sedaya upaya mencari apa saja maklumat mengenai lelaki ini dan berusaha untuk memikatnya.

Pelbagai cara yang dilakukan untuk merealisasikan impiannya bagi memiliki lelaki ini. Suaminya telah sedaya upaya mencuba untuk menolak kemahuan perempuan tersebut namun tidak berjaya. Sebaik sahaja perkara ini diketahui oleh si isteri, maka berlakunya konflik di situ. Si isteri telah menyuruh suaminya berpindah sementara daripada rumahnya. Perpisahan ini telah membuatkan si suami berusaha bersungguh-sungguh menawan hati isterinya kembali dan membuktikan kepada isterinya bahawa perempuan itu yang mahu menggodanya manakala dia sebaliknya. Tetapi, mendung berarak kembali selepas hujan. Perempuan itu masih dengan angan-angannya. Dia telah kembali ke rumah pasangan tersebut lalu, berlakulah pergaduhan antara dia dan si isteri yang membawa kepada kematiannya.

Filem ini seharusnya ditonton oleh isteri-isteri di luar sana dan tak lupa juga khusunya para suami. Seperti kita sedia maklum, lelaki kebanyakkannya mudah tergoda dengan pujuk rayu perempuan apatah lagi penggoda. Oleh sebab itu, isteri-isteri harus sentiasa berjaga dan kawallah sedikit pergerakan suami. Ya, memang benar perlu adanya kepercayaan dalam sesebuah perhubungan, namun begitu tak bermaksud isteri boleh lepas tangan. Bukan menjadi seperti "queen control" tetapi, perlu ada sikap ambil tahu dan prihatin dengan keadaan sekeliling suami. Kita kadang-kadang alpa dan mungkin terlena apabila kita menyangkakan bahawa tidak terdapat sebarang masalah dalam perkahwinan kita.

Perkahwinan adalah penyatuan dan perkongsian hidup antara suami isteri. Apabila kita telah benar-benar saling melengkapi antara satu sama lain, maka rasanya tidak timbul soal yang ketiga atau keempat dalam sesebuah perhubungan. Melihat kepada aksi-aksi pergaduhan antara si isteri dan perempuan tersebut telah membuatkan saya terfikir seketika akan peri pentingnya seni mempertahankan diri. Bukan sahaja untuk diri sendiri, malah untuk keluarga kita yang tercinta juga. Oleh sebab itu, sentiasa berwaspada kerana kita tidak pernah akan menyangka dan menyedari di sekeliling kita mungkin ada orang yang OBSES terhadap kesayangan kita.

Be alert! Beware! Be aware of anything that might interfere in your marriage. Prevention is better than cure. Agree? Well, you should! hehe~ Anyway, this film is interesting for me, in fact it has thought me something valuable for my future. Who knows right? haha~ Serius, am i..? jelir

Secara keseluruhannya filem ini bagus dan menarik untuk ditonton oleh setiap pasangan suami isteri. Suami jangan mudah tergoda, cair dan percaya dengan tipu helah, pujuk rayu dan godaan oleh mereka ini. Isteri harus berjaga-jaga dan mengambil tahu perihal suaminya. Bukankah itu tandanya kita sayangkan dia. hehe. 3/5 bintang untuk filem ini.


4 comments for this entry:
  1. gravatar
    en_me

    blom tengok transformer lagikks.. ihiks

  2. gravatar
    WiWie

    blum tgk ke.. fizah dah kan.. hehe~
    g la tgk ye en_me.. mmg best!! :)

  3. gravatar
    kimmy

    kimmy tgh cari dvd movie nih...nnt nk tgk..sbb tgk gazet dia mcm best jer..

  4. gravatar
    WiWie

    hehe~ bagus2.. chaiyo2! :D xrugi nye tgk filem neh.. ;)

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!