Feed

~Rusuhan Natrah~

by Wiznie Marzuki on Friday, July 10, 2009, under ,








Seperti biasa, jam 12tghr pastinya saya menonton rancangan WHI di TV3. Di awal rancangan ini pada hari ini, terdapat panggilan telefon dimana mereka menyentuh satu topik mengenai satu sejarah yang telah berlaku pada tahun 1950 iaitu beberapa tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan. Sejarah ini adalah berkenaan kes pertama yang melibatkan seorang Muslim murtad di Singapura dan menyebabkan terjadinya Rusuhan Natrah. Kes ini sangat menyayat hati kerana berlakunya murtad ini adalah ekoran daripada desakan oleh keluarga kandung wanita itu sendiri.

Ianya juga terdapat dalam keratan akhbar utusan hari ini..

Natrah, gadis rebutan berdarah 1950 meninggal dunia.



Perbualan di dalam WHI tadi adalah di antara Pn.Azizah dan Datin Fatini yang merupakan wartawan majalah Dewan Masyarakat yang telah membuat liputan tentang kes ini pada ketika itu. Tambahan pula, beliau sendiri sedang menyiapkan sebuah buku mengenai wanita ini dan dijangka akan berada di pasaran pada tahun depan. Telah dinyatakan oleh PnAzizah di dalam WHI tadi, bahawa wawancara ini akan berlanjutan pada minggu hadapan di dalam WHI pada hari Selasa depan, jika saya tak silap. InsyaAllah, saya akan cuba mengikuti temubual mereka.

Disebabkan teruja untuk mengetahui tentang wanita ini saya telah cuba 'google' kan "Rusuhan Natrah". Anda juga boleh melakukan demikian jika anda mahu mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut. Lagipun, apalah salahnya membaca sebuah sejarah yang pernah menjadi tumpuan seluruh dunia akibat daripada rebutan ke atas seorang gadis yang melibatkan agama Islam dan Kristian.Tambahan pula, kes ini telah menyebabkan berlakunya sebuah rusuhan yang mengorbankan banyak nyawa. Oleh itu, luangkanlah sedikit masa kita untuk mengenang kembali sejarah dan mengingat juga kembali senario-senario yang telah berlaku di dalam negara kita beberapa tahun yang lepas mengenai isu murtad ini. Selamat membaca ye. sengihnampakgigi

Saya sediakan disini, beberapa pautan yang saya baca mengenai kes ini:

Rusuhan Natrah ; blog saudara Sahalfikri ; susur galur Natrah ;


Setelah membaca sedikit sebanyak mengenai kisah ini, saya juga terpanggil untuk mengetahui tentang Tan Sri Datuk Prof Ahmad Ibrahim, yang merupakan peguam bagi kes Natrah ini dan beliau jugalah yang berjasa memperjuangkan Agama Islam ini, sehingga wujudnya Artikel 121(1A) di dalam sistem perundangan negara kita. Apakah Artikel 121(1A)? Nama beliau juga diabadikan di sebuah bangunan di UIAM, iaitu Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL) bagi mengenang jasanya itu.

p/s: offtopic sikit, AIKOL tu tempat adik kesayangan saya menimba ilmu.. peace



2 comments for this entry:
  1. gravatar
    Lynda

    thx fr the link! lynda ada tgk MHi pg tu gak psl rusuhan natrah tu kan .. lynda pun xtau pasal rusuhan tu . terkejut la dgr spi rmi mati mempertahankan agama kan .. bayangkan kalo jd zmn skang ada x yg sanggup berjuang cmtu?

  2. gravatar
    WiWie

    hye lynda...wie pn xpenah tau.. tmbhn plak, kte bukan law student kan.. hehe~ a'ah, betul tuh.. psoalannya..d zaman skrg neh, if ade pkara2 camni blaku, sanggup kah kite berkorban demi mpertahankan agama spt mereka.. tepuk dada tanya iman masing2 la kan.. =)

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!