Feed

~menonton teater~

by Wiznie Marzuki on Wednesday, August 19, 2009, under , ,








Teater Kompilasi vol II, Legasi dan Naturalisasi.
Projek Koken, Rumah Anak Teater.

tempat: Stor DBP
tarikh: 15 Ogos 09
bersama: Aya, Fana, Atun dan Emi
waktu:
1830 - bertolak ke UIA, mendapatkan Atun dan Emi di Mahallah mereka.
1900 - masih berlegar di sekitar KL, mencari dimanakah bangunan DBP. hehe.
1930 - dah jumpa DBP, call EnFaisal utk bertanya dimanakah gerangannya mereka berada.
1945 - solat maghrib
2030 - kami bergerak masuk ke dalam bangunan. teater dimulakan.








Memandangkan saya tak tengok volI, jadi saya tak berapa faham sangat dengan volII ini. tapi, saya memang cuba utk memahami versi teater kali ini. hehe.sengihnampakgigi tambahan pula, ini adalah kali pertama saya menonton teater.(<--malu neh nak mengaku.. hahajelir ) erm, sebenarnya saya tak berapa minat pun dengan teater ni. sekali sekala tengok, apa salahnya kan. hayati je la apa yang mereka nak sampaikan melalui teater ni. teringin lak rasa nak tengok teater kt Istana Budaya, tapi belum berkesempatan lagi. Aya dah banyak kali tengok, kakak dia ni je yang tak pernah. bila la dapat peluang tu. fikir tapi, tak kesahla. bile ada rezeki nanti, pergi je la kan. hehe. apa susah. erm, sebenarnya Atun yang beria nak tengok teater kompilasi ni. dia minat betul dengan pelakon cerita 'Gadoh'. masa dia tengok cerita ni, saya ada je kat sebelah dia tapi tak tengok sampai habis. dia minat kat Zahiril Adzim dan FaredAyam. beria nak tangkap gambar dengan si pujaan hati. ahaks. ( <-- jgn marah ye Atun kenyit) tapi, berjaya jugak akhirnya dia bergambar dengan Zahiril dan Ayam. happy je muka dia. haha. sabar je lah, macam2 adik2 ku ini.

Kalau nak tau sinopsis sebenar kedua-dua cerita ini, sila klik TeaterKompilasiVolII.









Legasi: Saya sukakan pelakon wanitanya, siapa lagi kalau bukan Dira Abu Zahar. hehe. Suka tengok bile dia bermonolog sendiri di hadapan kami. bila acap kali, kata-kata ini dilaungkan, 'Perjuangan itu suatu kemuliaan, bukan satu penyeksaan' oleh Cikgu Zaharahdan kata suaminya. Cikgu Bahar 'Perjuangan itu suatu pengorbanan' dan 'Perjuangan juga bukan untuk pengiktirafan'. memang cerita ini tentang sebuah perjuangan, berlatarbelakangkan suasana sekitar tahun 1940-an. pendirian mereka berdua tentang erti sebuah perjuangan memang berjaya menyentuh hati saya. sehingga ke akhir hayat, mereka tetap dengan pendirian masing-masing.

Naturalisasi: Cerita ini pula, mengisahkan tentang dua pasang kekasih. Razman, Nurul dan Rahmat. Yang tersepit antara mereka ialah Razman kerana dia mengalami konflik perasaan dan cinta, pelik bukan. Kenapa dia yang tersepit? hehe. Ini adalah kerana dia yang menyayangi Nurul dan juga Rahmat. Cinta antara lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan bagaikan trend masa kini, masalah sosial yang membimbangkan. adoi. mcm2 la. erm, Razman ingin berkahwin dengan Nurul, kerana dia mendapati Nurul mengandung. Manakala, Rahmat pula cuba untuk menghalang, disebabkan dia mempunyai HIV +ve, dan dia akui dia tidak pernah menjalankan sebarang perhubungan lain kecuali dengan Razman. Nurul pula kecewa kerana dia merasakan dia ditipu oleh Razman dan Razman bagaikan hanya mahu membuktikan kelelakiannya apabila bersama Nurul dan hakikatnya yang Nurul tak mahu menerima bahawa Razman adalah gay. Sedangkan Razman bersungguh ingin membuktikan yang dia ingin kembali ke pangkal jalan dan mempunyai kehidupan yang normal. Cerita ini ditamatkan dengan pengakuan Rahmat yang menghidap Aids, dan pembawa virus ini kepadanya ialah Razman. Penyesalan yang tidak berpenghujung.




Secara keseluruhannya, isu perjuangan dan konflik percintaan yang ingin disampaikan agak berkesan. tersentuh jugak la perasaan neh. hehe. tahniah buat Namron, FaredAyam, khususnya RAT dan yang lain-lain, bagi menjayakan pementasan teater ini. tepuktangan Tak rugi pun sebenarnya. Best je tgk teater. hehe. oh ye, saya nak letak gambar kami kat sini ye. peace





bersama Dira.

bersama Zahiril Adzim

Atun, bersama Fared Ayam dan Fana.


8 comments for this entry:
  1. gravatar
    Lynda.CG

    wah! rajin tgk teater yee .. ;)

  2. gravatar
    WiWie

    hehe.. sekali sekala.. :D lynda suke ke?

  3. gravatar
    mysteriousFana

    kak winnie.mahallah :)

  4. gravatar
    WiWie

    alamak.. sowy, salah eja lak... ;)

  5. gravatar
    Anonymous

    ala, i pn nk g. tp x de membe nk joint. huhu. i ske zahiril n dira.
    -k.long mohsinin-

  6. gravatar
    WiWie

    kaklong: alahai.. ye ke.. hehe. nie neh pun, duk ngendeng fana n aya la.. buhsan duk umah.. sj je ikut diorg, kbetulan ade kwn diorg xjd ikut.. but actually, if xsilap ade lg kosong. tp, tu lah kan.. if i know u minat.. then.. hehe.. its okla.. maybe next time.. insyaAllah.. but yup, zahiril n dira mmg best.. lakonan diorg agak ok la.. hehe. :D

  7. gravatar
    HIDAYATUL MANNA

    bakpo gamabr tu?? bakpo??

  8. gravatar
    WiWie

    atun,gambar mane neh?? akk konfius.heh.

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!