Feed

~Salam Merdeka~

by Wiznie Marzuki on Monday, August 31, 2009, under





Syukur Alhamdulillah, dengan rahmat dan limpah kurniaNYA kita masih lagi berteduh di dalam negara yang aman damai serta makmur ini. Syukur kerana dengan izinNYA kita masih boleh menyambut hari kemerdekaan negara yang mencecah lebih daripada setengah abad ini.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-52 buat negara tercinta Malaysia. Bertemakan Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Logo yang melambangkan jati diri rakyat Malaysia yang berbilang kaum namun tetap bersatu padu di dalam satu negara, di bawah satu parlimen.



Bukan mudah bagi negara kita untuk mencapai kemerdekaan ini, orang-orang terdahulu telah banyak bersusah payah dan melakukan pelbagai pengorbanan untuk mencapainya. Justeru, bagi kita yang telah dan sedang menikmati hasil daripada penat lelah mereka ini haruslah menghargainya. Lakukanlah apa sahaja yang boleh membantu menyumbangkan kepada kemajuan negara kita dan di samping itu jangan lupa, junjunglah Agama kerana tanpa tujuan tanpa matlamat perjuangan kita, ianya tidak akan langsung bermakna.

Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia. Satu Malaysia, Satu Tujuan, Satu Matlamat, Satu Hati menempuh apa sahaja dugaan dan cabaran demi negara kita yang tercinta ini.

Terima kasih.


2 comments for this entry:
  1. gravatar
    Lynda.CG

    salam merdeka!!!

  2. gravatar
    WiWie

    Salam Merdeka jugak.. :D

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!