Feed

~Selamat Hari Lahir~

by Wiznie Marzuki on Sunday, August 30, 2009, under






Selamat menyambut hari lahir buat diriku. Hari ini usia ku sudah mencecah suku abad. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih mampu untuk bernafas di bumiNYA pada usia ini. Kebiasaannya kita akan menerima ucap selamat di hari kelahiran kita oleh orang yang mengingati dan menyayangi diri kita ini.



Namun, adakah benar ucap selamat yang diberikan itu? Sesungguhnya kita semua tidak mengetahui kerana ianya merupakan rahsiaNYA. Tetapi, kita berharap dengan doa-doa yang mereka panjatkan ke hadratNYA moga diterima. Walaupun, kita sendiri mengetahui bahawa tarikh dan waktu disisiNYA adalah pasti, cuma tidak berada di dalam pengetahuan kita. Adakah selamat atau tidak hidup kita, panjang umur atau pendek umur? Wallahu'alam.

Sempena sambutan hari kelahiran di dalam bulan mulia Ramadhan ini, amat bersyukur sekali kerana berpeluang untuk menunaikan ibadah sambil meraikan dan mengingati serta bermuhasabah diri tentang sesuatu yang pasti.

Bulan Ramadhan adalah suatu bulan yang memberikan sejuta kenangan dan sejuta harapan buat diriku. Bulan yang juga tercatat padanya segala kesedihan dan kegembiraan. Kehilangan yang tercinta di bulan Ramadhan memberikan suatu makna dan peringatan buat diriku untuk memikirkan tentang kebaikannya di sebalik kesedihan yang ditanggung. Dia pergi meninggalkan kesan, namun pemergiannya itu bagaikan memberi peluang dan membuka pintu rezeki buat keluarga ini. Sesungguhnya apa yang telah DIA takdirkan buat kita adalah yang terbaik untuk para hambaNYA. Sesungguhnya DIA maha Mengetahui. Walaupun kadangkala terasa jua, apalah ertinya segala kemewahan ini tanpa dia disisi kami. Namun, tetap jua hati ini mengingatkan bahawa, tadbir kita tak dapat menandingi takdirNya. Yang hidup perlu diteruskan kehidupan, sementara kita masih mengingatinya dan sentiasa memberi sedekah apa yang patut buat yang tercinta itu.


Buat arwah adikku yang tercinta, terima kasih buat segalanya. Kami semua terlalu rindukan dirimu dik. Ya Allah, semoga Kau mencucuri rahmat keatas rohnya disana. Semoga dirimu tenang sentiasa di sana duhai adikku.



Buat sahabat handai yang mengirimkan ucapan selamat hari lahir buat diri ini, ucapan terima kasih diucapkan atas ingatan anda semua. Diri ini amatlah menghargainya. Salam sayang sentiasa daripadaku, Wiznie Marzuki.



11 comments for this entry:
  1. gravatar
    deqsu

    selamat hari lahir kak wie...gunakan lah peluang yg d beri oleh Allah utk kita terus bernafas di muka bumi ini dgn sebaik-baiknya..dari-Nya kita dtg dan kpd-Nya jua kita kembali..

  2. gravatar
    WiWie

    thanx dilah.. :)

  3. gravatar
    - eiNa -

    Happy Birthday wieeeee.... hahaha... nak wish lagik.. semoga panjang umur, murah rezeki.. cepat kawen.. hehehe...

  4. gravatar
    Lynda.CG

    happy bday again wieeeeeeeeee .. ;)
    Happy selalu k . .;)

  5. gravatar
    WiWie

    eina: thanx dearie eina.. hehehe.. amboi, dah 2org wish cepat kawen neh.. hahahha.. korg neh mcm2, tgu je la.. =p

    lynda: thanx dear lynda.. insyaAllah, i'll be happy alwiz.. :)

  6. gravatar
    ~(",)~

    Selamat Hari Lahir my dear sis..semoga dibawah naungan dan rahmatNya selalu..jgn sedih2..Allah SWT punya percaturan yg Maha Hebat..everything happens for a reason..take care of urself n ur family too..=)

  7. gravatar
    WiWie

    dearie kakNurul, thanx for the wish.. yeah, i'm aware of it. hok DIA wat belako tuh comey doh.. =) insyaAllah, i will.. n u too tk a good care of urself n family. xoxo.

  8. gravatar
    nOtCinDeReLLa

    happy belated bday.. sorry lmbt wish..

  9. gravatar
    WiWie

    its ok.. tadet lambat atau cepatnye.. bley je diterima. hehe. thanx Norin.. :)

  10. gravatar
    Mr Swat

    kita bruibaca dianyer page... hapy busssesss dayyy.,... huhuuu

  11. gravatar
    WiWie

    hehe. thanx ye MrSwat.. :)

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!