Feed

~angka sembilan~

by Wiznie Marzuki on Wednesday, September 09, 2009, under







Tarikh hari ini: 09.09.09
Kalendar Islam hari ini: 19.09.1430
pada jam 09:09:09 pagi tadi,
apa yang sedang kita semua lakukan agaknya?


Bukan itu persoalannya yang saya hendak kupaskan disini pada ketika ini.

Sedarkah kita semua bahawa kita berada di hampir penghujung Ramadhan? 10hari terakhir di dalam Ramadhan adalah hari-hari yang penuh berkat kerana di dalamnya terselit satu malam yang lebih baik berbanding 1000bulan. 1000bulan atau lebih lagi? Wallahu'alam. Itu rahsiaNYA. Apakah malam itu? Itulah malam LailatulQadr.

Kehebatan Malam Al-Qadr

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat)

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah.

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)


Seringkali berlegar di dalam kepala kita, adakah kita sudah bersedia? Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi? atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.


sumber: Ustaz Zaharuddin.


9 comments for this entry:
  1. gravatar
    atun @ art

    oh. saya belum bgn tido lagi time tu..

  2. gravatar
    WiWie

    atun: ekekeke, akk pun sama daaaa.. adeihhh =p

  3. gravatar
    the.jabber

    saya dimarahi majistret sebab OKT datang lewat time tuh. sungguh bertuahnyeeeeee

  4. gravatar
    Mr Swat

    pada waktu itu... aku baru nak on komputer pc tmpt keje aku.. huhuuh....

  5. gravatar
    WiWie

    the.jabber: aya aya aya.. ahakss. bertuah nye lah adikku ini ye... ;)

    mrSwat: hehe. wie on pc waktu tghr jer.. hiks.. =p

  6. gravatar
    Lynda.CG

    thx fr the reminder. dah nak habes puasa kan. lepas ni setan kuar balik, org2 kubur kena seksa balik..sedihnyaaaaa

  7. gravatar
    WiWie

    lynda: itulah.. sedihnyerr.. org2 yg dh berada di alam barzakh tuh akan bgantung kpd amalan mereka semasa hayat. kita sedekahkanlah ape patut utk mereka. yang kite neh tatau jumpe lg ke x dgn rmdhn.. so, all the best for this ramadhan.. :)

  8. gravatar
    ali aman

    aku ingt dia sndri yg tulis..ceet..
    ad lak sumber kt bwh tu..
    gua sudah bace dgn pnuh keinsafan da td..
    bange je anak sape la ni..
    huhu ;)

    nway tq 4 reminder..
    "10 terakhir mlm yg dijauhkan drpd api neraka"

  9. gravatar
    WiWie

    ali.. ali.. walaupun bukan wie yg tulis.. tp, apa2 yg tertulis tuh.. wie juga maksudkan ia. so, berbanggala dgn diri sdiri kan kan.. at least, dh bjaya buat kita insaf dan mengingatiNYA.. hehe. :)

    ur most welkam.. tkcare dik.

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!