Feed

~Kemaafan dan keikhlasan~

by Wiznie Marzuki on Monday, September 14, 2009, under







Sempena hari raya yang bakal tiba ini, pastinya ungkapan 'maaf zahir batin' tak lekang di bibir dan di jari (khususnya di zaman teknologi kini). Ungkapan maaf sempena menyambut raya ini seperti menjadi trend di kalangan kita semua. Ya, meminta dan memberi maaf itu tak salah, malah ianya digalakkan asalkan dengan tujuan dan niat yang betul.


Kemaafan seharusnya diiringi dengan keikhlasan daripada hati yang memohonnya. Buat mereka yang memberi kemaafan juga harus disulami dengan keihklasan. Memberi maaf biasanya adalah sukar berbanding dengan meminta maaf.

Dalam konteks meminta maaf. Biasanya kita suka memohon maaf secara am dan tidak secara khusus. Kenapa? Kerana kita masih lagi tiada keikhlasan dalam memohon maaf. Kenapa saya cakap begitu? Kita melakukan kesalahan yang biasanya spesifik kepada seseorang dan kita mudah lupa akan kesalahan kita itu. Oleh sebab itu, kita seringkali mengambil jalan mudah dengan memohon maaf secara am. Kita tidak meminta maaf secara khusus yakni menyatakan apakah kesalahan kita terhadap individu terbabit secara berdepan. Kita tidak punya keberanian itu, bukan?

Memberi maaf pula adalah sesuatu yang agak sukar dilakukan kepada orang yang berdendam. Kenapa saya berkata demikian? Kerana, orang yang memiliki sifat dendam dihatinya bukanlah jenis orang yang melupakan kesalahan orang, bahkan dia lebih mengingati secara khusus dan terperinci apakah kesalahan yang dilakukan individu2 terhadapnya. Oleh sebab itu, golongan ini lebih sukar memberi kemaafan berbanding yang lain.

Memberi kemaafan perlulah daripada hati yang ikhlas, barulah kita akan rasa bebas. Memohon maaf juga perlukan keikhlasan untuk mengecap kebebasan. Bebas daripada dibelenggu dengan rasa bersalah. Untuk mendapatkan kemaafan, kita haruslah terlebih dahalu memberikan kemaafan. Oleh sebab itu, kita digalakkan untuk memberikan kemaafan buat semua orang sebelum kita tidur. Bukan hanya menjelang ramadhan atau raya sahaja. Perlakuan memberi kemaafan ini amat elok untuk kita teladani kerana ianya dapat memberikan ketenangan kepada diri kita sendiri.

Berbalik kepada soal keikhlasan kita. Ikhlas ini adalah suatu perkara yang tidak boleh kita ukur dan kita ketahui sebesar mana keikhlasan yang diberikan itu. Ikhlas ini hanya berada di dalam pengetahuanNYA.

Bagaimana kita ingin menyemai keihklasan di dalam hati kita sewaktu memberi maaf dan memohon maaf? Ingatlah DIA. DIA sentiasa mengampunkan segala dosa para hambaNYA tidak mengira kecil atau besar kesalahan mereka itu. Sesungguhnya DIA Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sedangkan kita hanyalah hambaNYA yang lemah, tidak malukah kita kepada DIA? Kenapa kita tergamak untuk tidak memaafkan kesalahan orang terhadap kita? Walau sebesar mana pun kesalahan orang kepada kita, janganlah disimpan dendam. Janganlah menurut hawa nafsu untuk mengadilinya sendiri.

Biarkan DIA yang mengadilinya kelak disana. Sedarlah bahawa kita hanyalah insan biasa, yang sentiasa diberikan ujian olehNYA. Andai kita ditimpa sesuatu musibah, ingatlah DIA tidak akan menguji hambaNYA dengan ujian-ujian yang tidak mampu diharungi oleh hambaNYA itu. Jangan disimpan rasa 'ketuhanan' dalam diri untuk tidak mahu memberikan kemaafan kepada orang lain.

Saya maafkan apa sahaja kesalahan sesiapa ke atas saya. Yang lepas, biarlah berlalu. Kita bina hidup dan masa depan yang baru.


Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, tersinggung rasa dan kemungkinan terbuat dosa, saya juga memohon maaf kepada semua sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan di dalam alam maya ini dan juga di luar sana.


p/s: Kesalahan spesifik yang saya buat, saya pun tak ingat. huhuhu. Ada jugak yang buat2 lupa..adeihh~ Peringatan buat diri sendiri jugak neh.






0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!