Feed

~Perihal Cinta Sempurna~

by Wiznie Marzuki on Wednesday, September 09, 2009, under






Cinta Sempurna di Astro Oasis makin tiba di penguhujungnya. Petang ini, episod 18 akan ditonton. 17 episod yang telah berlalu memberikan banyak pengajaran kepada kita semua. Drama ini menyampaikan mesej yang jelas untuk kita hayati bersama. Semuanya tentang agama kita yang tercinta.



Saya seringkali ternanti-nanti untuk tidak terlepas daripada menontonnya. Andai kata terlepas maka, youtube layarhidayahhazel akan saya cari. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu terlepas daripada mengetahui apa yang akan terjadi kepada Shila dan Najib. Kedua-dua mereka masih lagi tidak mengetahui akan status sebenar antara Ustaz Nazir dan Dr Najihah. Namun, episod hari ini dan 2episod terakhir minggu ini pasti mengungkap segalanya.

Pendapat saya.

Jika ramai orang mempersoalkan pakaian Shila di dalam drama ini, maka saya masih lagi boleh berkata, dia dibesarkan di negara dimana dia membenarkan pengaruh-pengaruh asing membentuk dirinya. Tetapi, seandainya diberi pilihan untuk memilih 'wardrobe' Shila, pastinya saya akan memilih yang boleh menutup auratnya kerana pakaiannya kini boleh dikatakan menggugat jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya.

Persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh Shila juga masih belum terjawab. Adakah sengaja dibiarkan tak terjawab sementara menanti 'basic' nya kukuh? Saya tidak pasti akan hal ini.

Tak banyak adegan diantara tunangan tersebut yang sebenarnya eloklah kerana bertunang bukan tiket untuk selalu berjumpa. Lebih banyak adegan antara Shila dengan Ustaz Nazir dan Dr Najihah dengan Najib kerana mereka ibarat guru dan anak murid.

Diharapkan drama-drama seperti ini dapat diperbanyakkan lagi di negara kita, agar persoalan-persoalan mengenai agama ini dapat kita ungkapkan dalam gaya yang berbeza. Walaupun, agama ini dianggap sebagai sesuatu yang serius tetapi seandainya bijak membentuk cerita dan mengolah skrip, maka tak mustahil untuk mengetengahkan teledrama yang mengupas isu-isu agama dalam konteks yang lebih santai.


Kadangkala saya tertanya-tanya, bolehkah berlakon dengan skrip-skrip yang menafikan akidah diri sendiri? Atau ianya sekadar lakonan semata maka ia dibolehkan? Nampaknya, saya kena bertanya kepada yang arif mengenai isu ini.

Kepada semua penggemar teledrama ini, marilah kita sama-sama saksikan kesudahannya.



p/s: Terima kasih diucapkan buat Ustaz Hasrizal di atas backlink untuk entry saya mengenai Cinta Sempurna di blognya. Klik sini: Cinta Sempurna Menghampiri Penghujungnya.



0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!