Feed

~Salam Aidilfitri~

by Wiznie Marzuki on Wednesday, September 16, 2009,






Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai di alam maya ini mahupun di alam realiti. Kita semua saudara seagama. Seandainya ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersilap bicara, tersinggung rasa, terbuat dosa, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Semoga lebaran kali ini yang dirai bakal memberi sejuta kegembiraan dan makna buat kita semua. Sambutlah ia dengan hati yang luhur. Ingatlah juga kepada yang telah tiada meninggalkan kita di sana. Lambat laun, kita bakal menyertai mereka juga. Sedekahkanlah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran buat mereka.


Saya akan pulang berhari raya seperti biasa di kampung halaman yang tercinta nun disana, pasir mas kelantan. Buat sesiapa yang mengenali diri.. abewan kakFy, kakNurul.. yang berada di sana. jemput dtg ke rumah ye.hehe. (tetiba je jemputan khas neh..hiks) Saya akan bertolak pulang hari ini bersama papa dan mami.


Buat sesiapa yang pulang ke kampung dengan memandu sendiri, berhati-hati di jalan raya. Biar lambat asal selamat tiba. Tak perlu bersusah payah menyumbang kepada statistik yang gah di musim perayaan. Saya doakan semoga semuanya selamat pergi dan selamat kembali nanti. InsyaAllah.


9 comments for this entry:
  1. gravatar
    myheart

    Salam aidilfitri jgk..mohon ampun maaf ya jika ada silap dan salah..=)

  2. gravatar
    ~(",)~

    waah ade jemputan khas..hehe..
    selamat menyambut hari raya gk wie..ampunkan segala salah silap kak nurul n kalu termakan terminum ke mintak dihalalkan yer..insyaAllah k'nurul g raye umah wie..tp ermmmm..da lupe jalan nk g umah wie..harus mintak bantuan cikwan ngan kak fy nih..kekekeke~

  3. gravatar
    - eiNa -

    selamat hari raya wie... maaf zahir & batin.. :)

  4. gravatar
    AbeYgPrihatin

    ada jemputan khas beraya?? hari raya ke brape tu?? ker ada 'rombongan' khas nak datang ni?? :)

  5. gravatar
    ~(",)~

    huiksss tetibe 'abe yg prihatin' ni muncul setelah menyepi sekian lama..hehe~

  6. gravatar
    AbeYgPrihatin

    kak nuyul..
    kita tak termasuk pun dalam 10 list utama dia.. jadinya kalau muncul pun bukannya ada yg PRIHATIN punn..

  7. gravatar
    Muzammil

    Selamat hari raya Wiwie :) Saya pun ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, silap cakap ke, atau ada menyinggung perasaan Wiwie, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin =D

  8. gravatar
    Nor Lezah aka Cikguliz

    Izel, Selamat hari raya dan maaf zahir batin. :)

  9. gravatar
    ~PakKaramu~

    Pak Karamu menziarahi anda

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!