Feed

~terima kasih~

by Wiznie Marzuki on Tuesday, September 15, 2009,







Suatu pagi yang mendamaikan. Ada hati yang sedang keresahan. Resah kerana memikirkan bagaimanakah cara untuk menyampaikan maksud hati yang diinginkan. Internet dilayari. Laman facebook dibuka, permainan rutin menjadi sasaran. Geram! Kenapa MafiaWars ni buat pemainnya rasa tension je. Atau aku yang tak pandai main, tak berstrategi, main hentam je. Terdetik! Apakata minta tunjuk ajar daripada sesiapa yang online pagi ni. Sasaran ialah Aizat dan Mie, pastinya sudi memberi tunjuk ajar kepadaku. hehe. Terima kasih buat mereka.



Pada jam 0130. YahooMessenger menjadi tumpuan, setelah diberikan id dan katakunci maka senarai nama rakan-rakan terpapar. kelihatan beberapa orang rakan-rakan yang masih belum lena diulit mimpi. Barangkali sibuk dengan kerja masing-masing yang masih belum siap. Ada seseorang yang menggamit aku untuk menegurnya. Rindu di hati buat sahabatku di sana yang lama tak kulihat kelibatnya.


"Salam Yana"
"Salam Wie"
"Yana, kenapa tak tido lagi?"
"Tengah buat assignment"
"Oh, maaf andai wie mengganggu"
"Eh taklah, yana pun rindukan wie neh. lama tak borak kan."
"ye, wie pun rindukan yana, sebab tu tegur neh.Yana ape kaba?"
"Sihat je mcm biasa. wie?"
" Alhamdulillah"
"wie, dah ada sesiapa ke sekarang ni?"
"Wie masih lagi berkawan dengan semua. Special neh, blum nak fikir lg.yana kan kenal wie."
"tp, wie.. yana sunyi la. dah 2tahun yana single"
"yana, bersabarlah. akan ada nanti. jodoh pertemuan kan ditanganNYA"
"yana tau. ermm.. wie ada kawan-kawan tak? boleh kenalkan kat yana?"
"aduhai yana, wie sendiri pun xde ramai kwn lelaki. yana cuba la aktif di mana-mana komuniti forum. kenal ramai orang. so, possibilities tuh ada lah. hehe."
"alah wie. yana sibuk la. kelas pun dah berapa kali dalam seminggu. dengan assignment, exam.mana ada masa banyak"
"yana, semua orang ada 24jam. sama je." "hehe"
"nantilah yana, kalau ada sesape nak cari, wie tolong la ye. insyaAllah."
"terima kasih wie"

Di tetingkap lain. Ada yang menegurku.

"Salam wie."
"Salam."
"Apa kaba? xtido lg?"
"Alhamdulillah. Belum rasa nak tido."
"Awak, maaf andai saya tegur. kenapa dengan status tuh. kasarnya."
"Oh, kasar ke? Maaf la ye. nnt sy tukar."
"Ok, dah.Sebenarnya saya tengah tension neh."
"Oh ye ke. sabar la. Ermm, awak.. boleh wie ckp sikit?"
"Apa dia? cakap la."
"Awak nak kenal tak dengan sorg kawan perempuan saya?"
(tetiba terfikir pulak. lelaki sorg neh, bukan taste dia. ehh, cancel. hehe)
"Erm, xpela awak. silap2. saya silap. tak payah la. hehe."
"Wie, awak nak dengar cerita tak?"
"Cerita? Cerita apa? Cerita je la. Saya boleh je dengar. hehe.np."
(cerita mengenai dia yang masih merindui seseorang. dan walaupun si dia telah memilih yang lain,tapi hatinya masih kepada si dia.)
"Bukan saya xnak kenal kawan wie tu. tapi, saya xnak cari awek sekarang ni. Wie, terus terang saya katakan. Dulu, saya penah berniat nak memikat wiiii. tapi itu dulu. sekarang saya dah sedar. saya tak nak ada special sekarang ni."
"xpela. wie xkesah pun. itu kan keputusan awak. wie faham. wie pun xnak layan sgt budaya couple neh. xsuka. hehe. berkawan sudah lah."
"saya pun perasan jugak, wie macam xnak layan saya lepas saya minta num hp kan."
"hehe. takpela. sekarang kita dah kawan kan."
"saya nampak wie macam xselesa nak bercakap dengan saya kan. semua perempuan pun macam tu."
"alah awak. biasala. perempuan kan berfikir kadangkala menurut emosi mereka. sebab tuh perempuan cepat perasan. yang kadangkala elok jugak perasaan tu. hehe."
"terima kasih ye wie. harap kita boleh berkawan macam biasa lepas ni tanpa ada rasa tak selesa."


Di tetingkap lain pula.


"Wieee... xtido lg ke? watpe stayup mlm2 neh?"
"lynda.. hehe. saje je. main game facebook."
"addicted kan.hehe."
"a'ah. addicted pulak. tu psl, kdg2 tension jgk main game neh. hahaha. lynda buat ape mlm2 neh.. ktne?"
"lynda kt ofis.ade keje xsettle lg. kena anta esok kul10. huhu."
"ohyeke. hehe. rajin2. bagus."
"wie temankan lynda ye."
"insyaAllah, wie temankan. skrg blum rs nk tido lg.hehe."
"wie pegi x buka puasa Ehoza?"
"xpegi. wie selsema neh, drp sabtu ahad arini.. huhu. telan soluble jek. mujur ler dh makin kurang cket."
"wie.kalau dah lebih seminggu. jgn tgu lama2 ye. g jumpe doc."
"insyaAllah. thanx lynda for ur concern. hehe."
"ur welcome. always babe.. hehe."
(masing2 sambung wat kerja.. lepas sahur, aku dah rasa nk tido.hehe)
"lynda.. maaf ye. wie nak tido neh. sorry xdpt nk temankan lynda.rajin2 wat keje ye. hehe.take care."
"ok wie. u tk care too.. muahhh cium"
"hehe.. yeah.. muahhh.. cium"


Sambung melayan permainan di laman facebook, setelah mendapat tunjuk ajar daripada sifu-sifu. Jam menunjukkan 0330. Dalam masa yang sama. Seketika, hati teringat kepadanya. Apakah kesudahan kita? Apakah benar ini yang aku mahukan? Ligat mencari YM. Oh, dia ada. Diklik pada 'available' yang kadangkala aku hanya 'offline' kan saja, dan seperti biasa ada yang menegur. Sememangnya dia.

Buzz!! peluk
"Salam awak."
"Salam wie. Kenapa lama xonline? bz ye?"
"Awak, maafkan wie ye."
"Kenapa minta maaf? Wie xde wat salah pun dgn sy."
"Maafkn wie sbb lama xonline.Bukan bz, tp ntahla.."
"Kenapa wie?"
"Ermm.. awak, saya takut."
"Uiks, kenapa takut?"
"Saya takut dgn diri sy sendiri."
"Awak, saya nak awak tumpukan perhatian kepada pelajaran awak. saya takut saya mengganggu awak."
"Wie, masa saya study, saya xkan online. wie xmengganggu saya pun."
"Ye, saya tahu. tapi, sebenarnya saya takut benda lain. Kita dah lama berborak macam ni. Saya takut kita lagha. Saya takut kita tersasar jauh. Awak, maafkan saya ye."
"Wie, kalau macam tu, xpela. Saya doakan kebahagiaan wie. Semoga impian wie tercapai."
"Awak, terima kasih ye."
"Terima kasih, kenapa?"
"Terima kasih sebab memahami diri saya, menerima saya seadanya."
"Sama-sama. Sebab saya tahu awak tak pernah membohongi saya."
"Terima kasih sekali lagi sebab mempercayai saya."

Itulah perbualan yang berlegar di kotak fikiranku kini. Awak, terima kasih kerana memahami saya. Saya betul-betul maksudkan, saya nak awak tumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran. Saya tahu, betapa awak ingin pulang ke Mesia secepat mungkin. Awak masih ada setahun di sana. Gunakanlah masa itu dengan sebaik-baiknya untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin untuk diamalkan di negara kita kemudian hari. Maafkan saya, saya tahu awak rindukan saya. Saya terpaksa melakukan semua ini untuk kebaikan kita bersama. Bukan bermaksud kita tidak lagi berkawan. Saya cuma nak kita kurangkan berkomunikasi yang tidak perlu, yang mengasyikkan kita. Itu semua kan tidak elok untuk kita. Maafkan saya sekali lagi. Demi kebaikan kita bersama. Terima kasih sekali lagi atas segalanya.


0 comments for this entry:

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!