Feed

isu wajib menjelang suku abad

by Wiznie Marzuki on Friday, March 19, 2010,


Minggu ini akan menjadi minggu yang paling sibuk untuk keluarga besar saya sebelah papa. Sepupu perempuan saya akan berpindah ke alam yang baru dalam tempoh kurang 24jam lagi. Keluarga sebelah papa saya macam ikut batch pula, sebab dah lepas batch semua sepupu lelaki yang lebih tua daripada saya telah selamat melangkah ke alam ini. Kini, giliran batch sepupu perempuan yang lebih kurang baya saya akan turut sama menjejakkan kaki ke alam yang baru itu.


Dia juga merupakan yang pertama di kalangan sepupu perempuan batch saya, jadi perkahwinan dia berlangsung dengan majlis yang agak meriah juga. Tambahan pula, dia adalah anak perempuan tunggal dalam keluarganya (untuk seorang mak ye). Duit pun ada. Jadinya besarlah majlis tu, dilangsungkan di dalam dewan.

Tapi, saya bukan nak tulis pasal majlis dia besar atau kecil ye. Jangan salah faham. Saya cuma nak sentuh isu besar dia sahaja. Mesti dah boleh agak apa yang saya maksudkan, kan? Isu yang menjadi bahan bual bila usia telah mencecah suku abad. Kalau usia dah melebihi suku abad jangan kira lah, tiap-tiap hari akan kedengaran isu ni. Betul kan?

Malam ini, saya akan balik ke kampung. Semua orang dah berada di sana, saya seorang je yang masih disini kerana tuntutan tugas yang lebih penting. Jadi, saya terpaksa balik seorang je. Saya tak pasti kalau saya sempat ke tidak untuk majlis akad nikah yang akan berlangsung selepas isya' sebab saya akan sampai jam930mlm di PC, dan sudah pasti jam10 saya akan tiba di rumah. Jadi, rasa-rasanya saya tidak akan berkesempatan untuk upacara akadnikah sepupu saya tu. Tidak mengapa, janji saya balik dan boleh menyertai majlis bersanding yang akan berlangsung keesokkan hari nanti. Maaf ye wahai sepupuku, tiket awal sikit ada tapi tuntutan tugas pula menghalang, terpaksa ambil tiket jam820mlm. huhu.

Seperti mana adik saya telah kongsikan di dalam blog nya, seperti itu juga alasan saya dalam blog saya ini. Saya rasa dan saya tahu keluarga saya agak 'sporting' untuk isu kahwin ni. Mami sekarang asyik sentuh soal kahwin je, sikit-sikit tanya.. sikit-sikit tanya.. Papa pula, bukan tak tanya. Dia dah wakilkan orang tengah tu. haha. Faham-faham je la. Tapi, soal adik saya tu lain sikit, sebab dia pun lain daripada saya. Masalah dia berbeza daripada saya. Takdir kan. Saya faham masalah adik saya tu. Cuma, saya harap dia cepat recover walaupun susah, tapi tak mengapa saya tetap faham. Maka, saya biarkan saja pilihan hidup dia.

Ye, saya tahu dah ramai kawan saya yang sudah selamat melangkah ke alam baru tu dan sudah ramai yang sedang menuju ke arah tu. Arah perjalanan saya menuju ke alam itu? Samar-samar lagi ye. Bak lagu Hafiz.. tapi saya terbalikkan.. Kurang Jelas. hehe. Soalnya sekarang, perlu ke saya mengikut langkah mereka. Saya tak maksudkan isu, tapi soal masa. Kahwin awal. Bukan saya tak setuju kahwin awal, tapi soal lain. Saya tak tahu nak bagi alasan apa. Soal bersedia ke? Soal calon takde ke? Soal takut ke? Soal tak puas hidup seorang lagi ke? Soal takut jemu ke? Soal tak pandai ke? Soal apa lagi? Banyak la soal-soal nye. Bukan setakat keluarga je dah tanya. Kawan-kawan pun dah ramai tanya. Dan seperti mana orang-orang seperti saya memberi alasan, "kalau ada jodoh, ada lah" Tapi, jodoh kan tak datang bergolek, jodoh kena cari dan lepas tu bertawakal la kepadaNYA. DIA maha Mengetahui kan.

Saya tak nak bagi apa-apa alasan. Saya jemu bagi alasan. Saya malas nak jawab soalan ni. Saya bukan tak nak. Saya masih belajar. Saya masih mencari. Jangan letak kesalahan atas saya. Perlu ke saya terima je sebarang orang yang hadir dalam hidup saya? Ye, saya boleh tapi bersyarat. Saya nak dengan cara saya sendiri, bukan ikut suka hati dia. Sebab tu, saya susah menerima sesiapa pun yang ingin dekat dengan saya. Saya tak salahkan mereka. Saya tak salahkan diri saya. Saya tak salahkan orang sekeliling saya. Saya tahu mereka mengambil berat akan diri saya. Tetapi, beri saya masa. Segalanya soal masa. Saya tak tahu berapa lama lagi. Hanya DIA tahu. Jangan paksa saya. Jangan desak saya. Kerana akhirnya nanti, saya yang akan hidup bersama dia, bukan orang lain.

Papa.. Mami.. bersabarlah. Anak mu ini bukan taknak kahwin, tapi belum tiba masanya lagi. Kalau nak buat majlis.. jom, kita buat majlis kesyukuran. majlis tahlil ke kan. Nie tahu keluarga kita suka buat majlis-majlis ni. Nie tahu papa dan mami nak buat majlis untuk anak sendiri, sementara masih ada peluang. Tapi, jangan la risau. Majlis nie nanti.. Nie taknak pun buat besar-besaran, kalau itu yang papa dan mami fikirkan. Nie minta maaf, tapi nie tak suka. Papa dan mami kan kenal nie. Bersabarlah ye. Saatnya pasti tiba kerana itu janjiNYA. Andai tiada sekalipun, mami dan papa kena redha je la. Nie tidak mengatur kehendak alam. Nie tidak mengatur sebarang takdir kerana itu dariNYA, tapi nie hanya cuba mentadbir dengan cara yang betul. ok.. :)

Akhir kata, buat sepupu saya: Selamat pengantin baru. Selamat melangkah ke alam baru. Selamat menjadi seorang isteri walaupun mungkin tak sempurna, tapi saling melengkapi dalam hidup bersama suami tercinta kelak. Nie doakan Ya dan Heri berbahagia hingga ke akhir hayat, ke anak cucu yang bakal ada nanti. InsyaAllah, mudah-mudahan rumahtangga yang dibina ini sentiasa dibawah rahmatNYA. aminnnn Ya Rabb.




6 comments for this entry:
  1. gravatar
    kakFy

    harap2 awak akan menyusul plak pasni..jenuh sy menunggu ni :)

  2. gravatar
    Lynda.CG

    stuju dgn kata-katamu. kdg2 xtau nk bg alasan. lain org lain cara dia handle hidup. jadi jgn dipersoalkan knp x kawen lagi, calon dah ada, kerja bagus, nak tgu apa lagi? umur pun dah nk msk 30.

    sbb kalo kita ikut apa org kata, kalo apa jadi dlm hidup kita, x semua org bole menerima dgn baik =)

  3. gravatar
    deqsu

    jodoh pertemuan semua ditanganNya..mungkin sesetengah org hanya fikir, bila dah mencapai suku abad wajib kawin...tp,2 sume kan takdir..cuma apa2 pun kte kena berusaha utk cari yg terbaik jela skng ni..ape2 pun, wish u hepy always n jmpe org yg sesuai & diredhai oleh Allah..dila sentiasa doakan utk2 kak wie, kak eina, kak farah, kak ayit & sume yg dila syg..hepy always k...=)

  4. gravatar
    Mr Ceriawan

    1-umo tak penting..(kot?)
    2-kerjaya dah ada..(baru je pun xde masalah)
    3-jawatan dah besar..(kat P.T la)
    4-bajet takde masalah..(caya lah)
    5-pengurusan rumahtangga ok.. (anak sulung tu)
    6-calon dah ada.. (jgn jual mahal dah)
    7-rupa ada..(jgn nak merendah diri)
    8-family dh ok.. (takleh nak nafikan)

    so..apa yg lagi yg menjad halangan??
    cuba explain sikit..

  5. gravatar
    yan

    kita enjoy dulu!!
    saya tak puas enjoy lg..
    hehe..

  6. gravatar
    en_me

    sonoknyerr nak kawen kanns.. ehehe

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!