Feed

Panjang atau singkat?

by Wiznie Marzuki on Monday, March 15, 2010,




Sunyi sekeliling. Ligat minda berfikir. Perjalanan yang harus dilalui. Adakah ia masih panjang atau sudah pun menjadi singkat? Wallahu'alam. Saya tidak punya jawapan. Tapi, bolehkah seandainya saya inginkan memutuskan bahawa ianya masih panjang. Erm. Andai dikejar dunia, maka perjalanan dunia makin panjang. Andai dikejar akhirat, maka perjalanan dunia menjadi singkat. Lalu, demi dunia pada ketika ini, saya harus berusaha untuk suatu tempoh yang panjang, agar bekalan saya di hari muka kelak akan lebih baik berbanding sekarang.


Panjang atau singkat suatu perjalanan itu bergantung kepada cara kita memandang akan perjalanan kita daripada sudut yang berbeza. Kita yang harus membimbing, malah mentadbir hidup kita agar selaras dengan apa yang telah ditakdirkan. Seandainya ia berbeza, maka bermuhasabahlah kerana mungkin kita telah jauh daripada jalan-jalan yang sepatutnya kita lalui dalam hidup ini.

Saya sedang mencari pengalaman hidup yang baru. Memandangnya dari sudut yang berbeza. Saya kini sedang mencuba sedaya upaya untuk memulakan sesuatu yang dahulu saya tidak pernah terfikir pun untuk melakukannya. Tapi, mungkin ini rezeki saya. Mungkin suatu permulaan yang saya cari adalah sesuatu yang tidak pernah saya impi. Siapa tahu kan? Erm. Doakan saya agar saya menjadi lebih kuat dari sehari ke sehari. Aminn Ya Rabb. Terima kasih semua.



4 comments for this entry:
  1. gravatar
    deqsu

    insyaAllah..u can do it sis!!!!
    perjalanan hidup kita dah tertulis..cuma kita yg xtau bagaimana pengakhiran sesuatu yg kita cari..kdg2 ape yg kte impikan kita dpt..kdg2 tidak..tp, ape2 pun itulah takdir dr yg Maha Esa..kita hanya merancang..DIA yg menentukan seglanya..mgkn ape yg kita xdpt n ape yg kita dpt skng ada hikmah yg tersendiri..

  2. gravatar
    WiWie

    thanx dik.. :)

  3. gravatar
    mr & mrs CW

    kami sentiasa mendoakan yg terbaik tuk awak..jgn cpt give up wat ape pun :)

  4. gravatar
    WiWie

    thanx to both of u.. hehe.. :D

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!