Feed

ikatan ukhwah

by Wiznie Marzuki on Tuesday, August 24, 2010,







Ya Allah,

sedar-sedar hampir 5tahun usia perkenalan kami..

yang pasti, sudah banyak peristiwa yg telah menjadi memori manis dan pahit..

daripada bertujuh sehingga akhirnya kami kekal bertiga sehingga kini.

Kau telah memberikan kepada ku sahabat yang terbaik pernah aku kenali..





Ya Rahman,

aku amat bersyukur kepadaMu kerana mengurniakan kepadaku mereka berdua

yang sanggup susah senang bersama menghadapi ranjau dunia persahabatan ini..

aku amat berharap agar kami sentiasa bersama sehingga ke akhir hayat kami..

agar kami bersama kekal bersahabat sehingga perkenalan anak-anak kami kelak..

sampai bila-bila..

Ya Rahim,

aku mohon kepadaMU, Kau kurniakanlah kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat

buat mereka berdua, ahli keluarga dan sahabat handai yang lain..

aku mohon kepadaMU, agar dikuatkan keimanan.. agar ditetapkan hati mereka ke arah kebenaranMu..

agar dijauhkan segala kesusahan dan maksiat dari diri mereka..

aku mohon kepadaMu, kurniakanlah kepada mereka berdua zuriat-zuriat yang soleh dan solehah

daripada seorang suami yang soleh dan mencintai diri mereka dan keluarga mereka sehingga ke akhir hayat..

Ya Allah Ya Tuhanku,

Sesungguhnya telah kau datangkan pelbagai ujian kepada kami dalam menguji ikatan persahabatan kami..

namun Kau jua yang menetapkan dan mengukuhkan lagi ikatan ini..

Sesungguhnya yaAllah, janganlah hendaknya kau pisahkan kami..

sentiasalah melapangkan waktu kami untuk membantu sesama sendiri..

sentiasalah memudahkan kami dalam menghadapi sebarang kesulitan..

Ya Allah yang Maha Pengampun,

Ampunkanlah segala dosa-dosa kami.. dosa-dosa kedua orang tua kami.. dosa-dosa ahli keluarga kami..

dosa-dosa sahabat handai kami.. dan dosa-dosa para muslimin dan muslimat..

Kurniakanlah kepada kami kesihatan, kekuatan, kelapangan masa dan kesedaran dalam diri..

untuk beribadah kepada MU.. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya yang ada dalam diri kami..

dan sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Ameen Ya Rabbal 'Alamin...


2 comments for this entry:
  1. gravatar
    AbeYgPrihatin

    Diri ku ini termasuk salah seorang darinya jugak ker?
    Lalalalaaa

  2. gravatar
    - eiNa -

    aduhhh... mau nangis ni bila baca benda ni... :|

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!