Feed

Syawal menjelang tiba

by Wiznie Marzuki on Wednesday, September 08, 2010,






Hampir sebulan kita melaksanakan ibadah berpuasa di bulan Ramadan ini. Semoga apa jua ibadah yang telah kita lakukan sepanjang bulan ini akan diterima olehNYA. Saya akan pulang ke kampung halaman, insyaAllah pada malam raya lebih tepat lagi pada malam 9sept2010. Hari ini yang pastinya saya keseorangan di rumah sebab semua ahli keluarga saya pada ketika ini telah selamat tiba di kampung. Haih, terasa jugak sebab malam raya baru balik, tapi tuntutan tugas lebih utama.

Walau apa pun, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam yang telah menyempurnakan ibadah puasa mereka. Kususun 10 jari memohon ampun dan maaf andai kata tersalah kata, terkasar bahasa kepada ahli keluarga, sanak saudara, para sahabat dan semua orang. Semoga berakhirnya Ramadan kali ini tidak bermakna bahawa segala amalan yang kita lakukan ini berhenti disini juga, teruskanlah melaksanakan/ istiqamah di bulan-bulan yang lain juga. Semoga hidup kita semua diberkati olehNYA.


1 comment for this entry:
  1. gravatar
    mommy-and-daddy farish

    salam eidul fitri dpd kami bertiga..eh Farish pun nak wish jugak kat aunty wiwie (dgn harapan leh dpt duit raye nnt kehkehkeh)..mintak maaf yer kalu pernah melukakan hati adinda kami yg tersayang ni..jumpa raye nnt..InsyaAllah..

~:My Video List:~

Looking for something?

Search the Site

If you can't find what you are looking for, please leave a comment somewhere, subscribe to our feed and hopefully your question will be answered shortly, so please visit again!